Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Morgan Plus Four 2024 dengan Enjin BMW 2.0L TwinPower Turbo, Model Automatik Lebih Tangkas!
Roda4

Morgan Plus Four 2024 dengan Enjin BMW 2.0L TwinPower Turbo, Model Automatik Lebih Tangkas!

Abang HirataBy Abang Hirata20/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN ada yang masih ingat kereta roda tiga Morgan buatan Britain yang digunakan Sultan Johor dalam Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017.

Tidak semua model Morgan berjalan dengan tiga roda, tetapi juga ada versi empat roda seperti kereta biasa. Model empat roda Morgan diperkenal lama dulu, seawal 1936.

Pada 1950, Morgan memperkenalkan Plus 4 (foto atas) baharu yang dinamakan sempena kuasa enjin yang bertambah.

Satu lagi fakta, Plus 4 mencatat sejarah permotoran syarikat apabila memenangi kelas GT (1601cc-2000cc) dalam kejuaraan lumba 24 Hours of Le Mans.

Sejarah Plus 4 terus bersambung dengan Morgan memperkenalkan model terbaru, iaitu Plus Four. Berbeza model 2020 foto atas, model baharu ini tampil dengan rupa depan lebih ringkas yang menyerlahkan lagi bentuk badan klasik.

Depan dan belakang dilengkapi komponen baharu seperti lampu, sayap, spliter depan, difuser dan pemegang plat pendaftaran terapung.

Hasilnya adalah gaya badan kemas tanpa gangguan visual berlebihan dengan lampu besar 8 inci yang turut dipasang lampu signal belok di dalam. Lampu belakang juga sama yang kedua-dua lampu memancarkan cahaya lebih baik berbanding model terdahulu.

Sayap depan dan belakang Plus Four direka semula dan dibuat menggunakan kaedah pembentukan sejuk (cold forming).

Walaupun perubahan sisi badan kecil atau hampir sama, permukaan berbeza yang mempengaruhi pantulan cahaya dan menyerlahkan lagi bentuk model itu.

Turut diubah spliter depan dan difuser belakang yang dilengkapi plat apung. Kedua-dua komponen itu dibuat dalam warna kelabu gelap kusam supaya nampak kosong, sekali gus menonjolkan badan kereta.

Ciri tersebut diwarisi era kereta sport Morgan yang beberapa unit daripadanya tidak menggunakan lapisan di bahagian bawah depan atau bampar yang menampakkan garisan horizontal.

Juga baharu logo dengan jenis tulisan H.F.S. Bold daripada Morgan sendiri yang dipengaruhi lencana kereta yang menggunakan jenis tulisam Italik dan garisan kelajuan berulang.

Cermin pandang belakang dan cermin sisi baharu direka semula yang dikeluarkan khas untuk Morgan, manakala cermin dibuat daripada aluminium ringan dan dihomologasi untuk pasaran sedia ada.

Plus Four dijana enjin terkini BMW, 2.0L TwinPower Turbo berkuasa 255hp @ 5,500rpm dan tork 350Nm @ 1,000rpm-5,000rpm.

Enjin itu dipadankan bersama transmisi manual 6-kelajuan, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 5.2 saat, dan kelajuan maksimum mencecah 240kmj.

Pelanggan yang mahukan model lebih berkuasa dan tangkas boleh mendapatkan Plus Four dengan kotak gear automatik 8-kelajuan dengan mod pandu Comfort, Sport, Sport+ dan Manual.

Kuasa dihasilkan sama, tetapi pada rev 4,400rpm, manakala daya kilas lebih tinggi pada 400Nm @ 1,000rpm 4,300 rpm.

Pecutan 0-100kmj lebih pantas, iaitu 4.8 saat sahaja, manakala kelajuan tertinggi sama seperti model manual. Berat kering kedua-dua model juga berbeza, iaitu 1,013kg untuk varian manual dan 1,009kg (automatik).

Dari segi pengendalian, suspensi standard diubah dengan kadar serapan spring baharu dan damper yang diinjap semula (re-valved).

Jika mahukan sesuatu berbeza, Morgan menawarkan Dynamic Handling Pack yang dibangun bersama pakar suspensi. Pek ini dikeluarkan khas untuk Morgan dan dilengkapi spring baharu dengan absorber boleh laras (tunggal) dan platform spring laras selain tambahan bar anti-oleng di belakang.

Ruang kabin menyediakan tombol gear automatik BMW yang menonjol, dan tombol manual yang lebih bergaya klasik. Turut dipertingkat ialah skrin LCD dan papan pemuka, lampu ambien dan fob kunci baharu.

Sistem audio ringan Sennheiser yang kali pertama diperkenal pada Plus Four 2022 dipertingkat dengan penambahan pembesar suara tersembunyi di bawah kedua-dua kerusi.

Pembesar suara spesifikasi tinggi ditempatkan dalam pintu. Selain itu, rekaan gril perumah pembesar suara dipengaruhi liang ikonik bonet Plus Four.

Sistem audio baharu juga mempunyai julat bunyi dan Bluetooth lebih tinggi. Lampu ambien dipertingkat dengan teknologi terang dan malap fade-in-fade-out yang menyerlahkan keanggunan ruang kabin.

Satu lagi mengenai Morgan ialah pengeluar itu tiada jabatan tempahan khas (bespoke) kerana setiap Plus Four sememangnya dibuat khas. Pelanggan boleh memesan spesifikasi mengikut cita rasa sendiri yang menjadikan setiap Plus Four sebagai kereta yang tiada dua atau one-off.

Morgan Plus Four baharu sudah boleh ditempah dengan pemasangan pertama dibuat bulan ini (Mei 2024).

Morgan Morgan Plus Four Morgan Plus Four 2024 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

    29/05/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j

    26/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    25/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.