Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

Abang HirataBy Abang Hirata04/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Morbidelli N125V 2026

MORBIDELLI memperkenalkan model naked aras mula menarik dalam siri N-V baharu, Morbidelli N125V 2026 dengan konfigurasi yang jarang ditemui untuk sesaran enjin kecil iaitu padanan enjin V-Kembar atau V-Twin 125cc yang ditempatkan pada frem trellis dan sistem suspensi belakang jenis monoshock.

Rekabentuk, Estetika

Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026

Morbidelli N125V 2026 menampilkan gaya agresif dan minimalis yang membawa konsep ekstrem. Antaranya ialah unit ekzos kembar jenis pendek yang disusun bertingkat pada sisi kanan, frem trellis keluli dan suspensi jenis monoshock di belakang.

Model naked itu turut menampilkan bahagian ekor pelana tunggal tajam, dan lampu depan LED dengan lampu siang (DRL) bentuk ‘T’ terbalik yang unik.

Dari segi ergonomik, model itu menawarkan posisi tunggangan sporty dengan bar hendal lebar dan panel meter LCD bentuk bulat bersepadu. Pakej itu benar-benar menarik untuk sebuah motosikal kuasa kecil 125cc.

Trenkuasa

Morbidelli N125V 2026

Menarik mengenai Morbidelli N125V 2026  ialah enjin V-Kembar atau V-Twin dengan sesaran 124.9cc 6-injap dan sistem penyejukan cecair.

Enjin itu menghasilkan output kuasa 14hp @ 9,500rpm, dan tork 10.9Nm @ 6,500rpm.

Output kuasa dihantar ke roda belakang melalui kotak gear klac manual 6-kelajuan yang disokong sistem suntikan bahan api elektronik EFI-Motion dan sistem pencucuh TCI.

Di sebalik idea ekstrem, kelajuan maksimum hanya 99kmj yang dianggap realistik kerana datang daripada enjin kecil.

Frem, Suspensi

Morbidelli N125V 2026

Bahagian casis ialah komponen paling radikal pada model tersebut kerana menggunakan swingarm sebelah aluminium dan mendedahkan rim 17 inci sepenuhnya dibelakang.

Sistem suspensi depan menggunakan fork terbalik (USD) 37mm dengan jarak travel 120mm. Suspensi belakang dilengkapi monoshock boleh laras prabeban secara berterusan dengan jarak travel 34.5mm.

Ciri Keselamatan, Standard

Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026

Keselamatan penunggang dipertingkat menerusi sistem brek cakera pada kedua-dua roda menerusi brek cakera 300mm dengan kaliper 4-piston di depan, dan brek cakera 240mm dengan kaliper 2-piston (belakang).

Sistem itu turut dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan Sistem Kawalan Traksi (TCS) sebagai ciri standard.

Selain itu, Morbidelli N125V 2026 dilengkapi sistem lampu LED penuh pada lampu depan, belakang, DRL dan signal bel0k,  dan lampu kecemasan. Sistem lampu turut dilengkapi ciri boleh nyala automatik, dan disediakan soket pengecas USB.

Spesifikasi Teknikal Morbidelli N125V 2026

Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
  • Enjin 4-lejang 6-injap 124.9cc V-Twin penyejukan cecair dengan sistem bahan api elektronik EFI-Motion dan pencucuhab TCI
  • Saiz gerek x lejang 42mm x 45mm
  • Output kuasa 14hp @ 9,500rpm, dan tork 10.9Nm @ 6,500rpm
  • Kelajuan maksimum 99kmj
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan jenis basah multiplat
  • Frem Trellis keluli
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) 37mm (depan), dan monoshock boleh laras prabeban berterusan
  • Swingarm sebelah aluminium
  • Sistem brek cakera 300mm dengan kaliper 4-piston (depan), dan brek cakera 240mm dengan kaliper 2-piston (belakang)
  • Sistem keselamatan dilengkapi ABS dwi-saluran dan TCS
  • Rim aloi aluminium
  • Tayar 110/70R17 CST (depan), dan 150/60R17 CST (belakang)
  • Tinggi pelana 795mm
  • Kapasiti tangki 16 liter
  • Berat (kerb) 185kg
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli N125V 2026
Morbidelli Morbidelli N125V Morbidelli N125V 2026 naked bike roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    03/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    03/07/2026
    Roda2

    BMW S 1000 RR, M 1000 RR Terima Kemaskini Tahun 2027

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.