Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Modul Ala MLM, Dapatkah Dacsee Cabar Dominasi GrabCar, Uber di Malaysia?
Auto Terkini

Modul Ala MLM, Dapatkah Dacsee Cabar Dominasi GrabCar, Uber di Malaysia?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/01/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS Uber dan GrabCar, satu lagi perkhidmatan teksi e-hailing muncul, Dacsee yang bakal memberikan pilihan baharu kepada pengguna Malaysia sebagai medium pengangkutan alternatif ataupun menjana pendapatan.

Dijadualkan beroperasi Mac depan, Dacsee kini sedang sibuk merekrut tenaga pemandu dan membangunkan sistem aplikasi mobil. Sehingga kini aplikasi mobil itu sudah memiliki 5,000 pemandu (seluruh Malaysia) walaupun masih belum aktif.

Dacsee diwujudkan daripada komuniti untuk komuniti, sebagai platform yang berteraskan pemandu, pihak berkuasa, dan pengguna. Sistem Dacsee seakan sama sistem teksi e-hailing lain seperti Uber dan GrabCar, tetapi berbeza dari segi pengagihan keuntungan antara pihak syarikat dan pemandu.

Istimewanya, Dacsee tidak mengambil komisen besar daripada pemandu dan operasi syarikat itu lebih mirip kepada sistem bisnes jualan langsung pelbagai peringkat atau Multilevel Marketing (MLM).

BACA >>> 10,000 Drebar Teksi Pulang Balik Kereta, Tidak Tahan Penangan GrabCar, Uber

Setiap pemandu boleh merekrut pemandu baru menjadi satu komuniti. Kemudian, apabila setiap pemandu peringkat bawah (downline) melengkapkan trip perjalanan sehari, pemandu yang merekrut akan menerima habuan kira-kira dua peratus (sekadar anggaran, masih belum diputuskan).

TAWARAN DACSEE

Kepada pemandu, Dacsee memberi peluang: 

  • Mewujudkan komuniti pemandu.
  • Peroleh 3 tahap pendapatan komisen daripada pemandu dalam rangkaian komuniti mereka. 
  • Dapatkan bonus tambahan daripada nilai komen dan perniagaan berterusan daripada penumpang dalam komuniti pemandu.
  • Pemandu boleh kekal aktif hanya dengan melengkapkan dua trip perjalanan sehari.
  • Memiliki hak pemilikan dalam platform terbuka Dacsee, melalui token dan boleh ditukar menggunakan tukaran mata wang dunia menerusi pertukaran ‘Cryptocurrency’ yang sah.

BACA >>> Kelemahan Pengangkutan Awam Bantu ‘Careem’ Kuasai Tiga Rantau

Kepada penumpang, Dacsee memberi peluang: 

  • Menjana pendapatan pasif dengan merujukkan penumpang atau pemandu lain.
  • Memberi rating kepada pemandu kegemaran dalam senarai aplikasi dan menilai prestasi mereka.
  • Gunakan ciri keselamatan untuk bantuan dan dipantau pemandu Dacsee lain.
  • Nikmati tambang lebih rendah kerana rekabentuk yang tidak berpusat, dan tiada caj perantara.
  • Gunakan aplikasi pengangkutan sekutu Dacsee di negara yang tidak menyokong aplikasi korporat seperti Uber.
  • Ada butang panik pada aplikasi jika pengguna dalam situasi bahaya. Isyarat itu akan diterima pemandu Dacsee lain.

GALERI

aplikasi dacsee aplikasi mobil Auto Terkini autotainment Dacsee dacsee malaysia GrabCar perkhidmatan teksi e-hailing Roda4 teksi e-hailing Uber
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026

    1 Comment

    1. sham on 27/02/2018 23:55

      how to register?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.