Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Modenas Sedia Teroka Semula Segmen Motosikal Elektrik
Auto Terkini

Modenas Sedia Teroka Semula Segmen Motosikal Elektrik

ShawkathBy Shawkath16/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads

MODENAS mengesahkan ada rancangan untuk meneroka semula segmen pembuatan motosikal elektrik seawal tahun 2025, namun setiap langkah yang akan diambil bakal dibuat secara berhati-hati.

Perkara itu dijelaskan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Roskan selepas ditanya mengenai kemungkinan Modenas bekerjasama dengan Kawasaki untuk menghasilkan motosikal elektrik pada masa akan datang.

BACA >>> Kawasaki Mahu Perkenal 10 Motosikal Hibrid, Elektrik Menjelang 2025
BACA >>> Kawasaki Daftar Nama E-Boost, Petanda Awal Ketibaan Model Elektrik dan Hibrid?

Roslan berkata:

“Untuk Modenas, kami juga akan bersedia untuk melibatkan diri dalam EV kerana jika kami tidak mengambil bahagian setidak-tidaknya menjelang 2025 atau 2030, kami akan ketinggalan di belakang.”

“Jadi kami sedang berbuat sesuatu untuk EV tetapi kami amat berhati-hati kerana ini memerlukan pelaburan, ujian percubaan, kestabilan bateri dan kesediaan infrastruktur pengecasan di Malaysia.”

Sebenarnya, Modenas pernah menghasilkan dan menjual motosikal elektrik sekitar tahun 2011 menerusi model CTric (foto atas) namun pengeluarannya dihentikan selepas itu.

Roslan juga mengulas mengenai keadaan semasa berhubung perkembangan semasa segmen kenderaan elektrik di Malaysia serta sentimen pengguna terhadap mobiliti elektrik dua roda.

Ini kata beliau:

“Secara jujur, Malaysia agak perlahan dalam memperkenalkan motosikal elektrik. Saya rasa kalau dibanding negara Asean lain, Malaysia paling perlahan.

“Tak silap saya, akhir tahun lalu atau awal tahun ini, Kerajaan sudah menetapkan beberapa sasaran iaitu menjelang 2030, sebanyak 15 peratus semua motosikal adalah jenis EV (kenderaan elektrik).”

“Jika dilihat pada volum motosikal EV sejak dua tahun lalu, memang ada tetapi itu lebih kepada B2B (perniagaan kepada perniagaan).

“Kita cuma ada 600 (stesen pengecas) sedangkan sasarannya ialah 10,000 (stesen pengecas EV), agak jauh tapi itu urusan sedang dibuat Kerajaan.”

“Malah motivasi untuk rakyat Malaysia terlibat dengan EV adalah paling belakang disebabkan harga minyak di Malaysia adalah paling murah di rantau ini. Untuk orang lain (di negara asing) harga minyak mungkin (cecah) RM10 seliter tetapi kita sekadar RM2 (lebih).”

Penjelasan beliau sememangnya realistik memandangkan konsumer akan merasakan adalah tidak berbaloi membeli motosikal elektrik jika mengambil kira pulangan dari pelaburan dibuat (ROI).

Roslan juga mengatakan jika sudah ada produk dan pasaran Malaysia sudah bersedia untuk motosikal elektrik, Modenas akan mempertimbangan rancangan untuk menawarkannya. Mungkinkah Ninja 250 Elektrik?

BACA >>> Kawasaki Elektrode (2023), Basikal Elektrik Kanak-Kanak, Harga Mula RM4.8k!
BACA >>> Kawasaki Ninja 250 Elektrik Semakin Jadi Kenyataan, Masih Gaya Model Petrol?
BACA >>> Dapat Kepakaran Kawasaki, Supermoped Modenas Baharu Tiga Tahun Lagi?
BACA >>> Sah! Modenas Nak Bawa Masuk Kawasaki Ninja ZX-25R Tahun Depan
BACA >>> Kawasaki Kuasai 30 Peratus Saham Modenas, Streetbike dan Sportbike Baharu Muncul?
BACA >>> Pulau Pinang Bakal Miliki 9 Stesen Pengecas Motosikal Elektrik, 3 Sudah Mula Beroperasi

Modenas CTric
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

15/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.