• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Elektrode (2023), Basikal Elektrik Kanak-Kanak, Harga Mula RM4.8k!

Kawasaki Elektrode (2023), Basikal Elektrik Kanak-Kanak, Harga Mula RM4.8k!

June 8, 2022 By Shawkath Leave a Comment

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KAWASAKI sudah melancarkan basikal eletrik pertama keluaran syarikat untuk kanak-kanak. Model itu dilihat sebagai satu langkah ke arah segmen elektrifikasi untuk golongan anak muda.

Basikal imbangan itu dinamakan sebagai Kawasaki Elektrode dan merupakan produk buatan sendiri. Kenderaan itu dipacu seunit motor yang dipasang pada hab rim dan tidak menghasilkan bunyi.

BACA >>> Kawasaki Ninja 250 Elektrik Semakin Jadi Kenyataan, Masih Gaya Model Petrol?
BACA >>> Kawasaki Mahu Perkenal 10 Motosikal Hibrid, Elektrik Menjelang 2025

Bateri digunakan jenis litium ion 250w yang dipasang pada frem basikal menawarkan masa tunggangan sekitar 150 minit. Masa mengecas bateri ialah kira-kira 2.5 jam.

Kitaran hayat bateri sekitar 500 kali cas dan selepas itu, pek itu dikatakan mampu menyimpan kadar 80 peratus daripada kapasiti asal. Pemilik boleh cas menggunakan soket di rumah.

Berikut ialah perinciannya:

  • Elektrode menggunakan frem aluminium ringan.
  • Rim digunakan jenis 16 inci tetuang aluminium beserta set brek cakera 160mm untuk roda belakang.
  • Ketinggian tempat duduk dan bar hendal boleh laras mengikut kesesuaian.
  • Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 8 tahun, dengan berat maksimum 45kg. Ketinggian penunggang pula antara 93sm hingga 139sm
  • Berat kasar basikal itu ialah sekitar 14.5kg.
  • Ada tiga mode kuasa iaitu Low, Medium dan High. Mode boleh ditukar dengan menggunakan kod laluan. Ini untuk memastikan ibu bapa tahu kelajuan basikal anak mereka.
  • Kelajuan Low ialah 8kmj, Medium pula 12kmj dan High sepantas 20.9kmj.
  • Peg kaki Elektrode boleh dilipat untuk mengubah basikal itu menjadi sebuah push bike.
  • Hanya satu pilihan warna iaitu Lime Green (hijau).
  • Harga jualan yang disyorkan ialah AS$1,099 (RM4,828).

BACA >>> Kawasaki Daftar Nama E-Boost, Petanda Awal Ketibaan Model Elektrik dan Hibrid?
BACA >>> Kawasaki Tunjuk Video Aksi Endeavor, Motosikal Elektrik dengan Gear Manual
BACA >>> Modenas Promosi Laman FB Kawasaki Malaysia, Model Ninja Baharu Bakal Debut?

SUMBER: RideApart

Artikel Berkaitan

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki Basikal Elektrik, Kawasaki Elektrode (2023), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
    Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my