• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Daftar Nama E-Boost, Petanda Awal Ketibaan Model Elektrik dan Hibrid?

Kawasaki Daftar Nama E-Boost, Petanda Awal Ketibaan Model Elektrik dan Hibrid?

May 10, 2021 By Shawkath Leave a Comment

214
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI sudah memfailkan pendaftaran nama E-Boost dan ramai percaya bahawa pengeluar Jepun itu akan menggunakan label tersebut untuk model motosikal hibrid serta elektrik.

Sebelum ini, ramai sudah melihat gambar model prototaip Kawasaki EV Endeavor yang diuji di beberapa kawasan termasuk di litar tertutup. Malangnya, motosikal sport itu tidak akan dihasilkan untuk kegunaan massa tetapi sekadar pembangunan teknologi.

Berdasarkan laporan, teknologi daripada prototaip EV Endeavor akan dipindahkan kepada pengeluaran model-model akan datang. Ini termasuk ciri casis boleh tanggal untuk mengeluarkan bateri, kotak gear manual dan butang Boost pada konsol kawalan tangan kanan.

Besar kemungkinan model yang dihasilkan itu sebuah motosikal hibrid dengan enjin pembakaran dalaman yang ditambah unit motor untuk menambah dos kuasa pada satu-satu masa. Ini mungkin maksud di sebalik nama E-Boost atau Kawasaki EV Boost.

Setakat ini belum ada perkembangan mengenai model-model elektrik atau hibrid tetapi banyak maklumat termasuk gambar paten sudah bocor selepas debut di Pameran Motor Milan (EICMA) di Itali pada November 2019.

Bagaimanapun, apabila langkah mendaftar nama dibuat, ia adalah proses terakhir dan menandakan pelancaran mungkin dibuat dalam masa terdekat.

BACA >>> Motosikal Elektrik Kawasaki Masih Jauh untuk Dijual
BACA >>> Kawasaki Tunjuk Video Aksi Endeavor, Motosikal Elektrik dengan Gear Manual
BACA >>> Kawasaki Diam-Diam Bangunkan Sportbike Elektrik?

SUMBER: MotorPassion

214
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kawasaki E-Boost, Kawasaki Elektrik Hibrid, Kawasaki EV Endeavor, Kawasaki Hibrid 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my