Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pulau Pinang Bakal Miliki 9 Stesen Pengecas Motosikal Elektrik, 3 Sudah Mula Beroperasi
Auto Terkini

Pulau Pinang Bakal Miliki 9 Stesen Pengecas Motosikal Elektrik, 3 Sudah Mula Beroperasi

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PULAU Pinang bakal dilengkapi dengan sembilan stesen pengecas motosikal elektrik (e-motosikal) yang boleh digunakan secara percuma kepada orang awam. Buat masa ini, satu pertiga kemudahan itu sudah beroperasi.

Berdasarkan laporan, kemudahan itu adalah inisiatif hijua untuk menyokong peralihan kepada bandar rendah emisi karbon. Usaha itu membabitkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Green Council (PGC) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Lokasi Stesen Pengecas E-Motosikal

Siap Beroperasi
  • Astaka Persiaran Gurney
  • Kompleks Makanan Medan Renong (Padang Kota Lama)
  • Astaka Batu Lanchang
Bakal Disediakan
  • Kompleks 1st Avenue
  • Kompleks MBPP Lebuh Pantai,
  • Kompleks Desiran Tanjung (Tanjong Tokong)
  • Kompleks Sri Selera Bayan Baru
  • Kompleks Bukit Jambul
  • Kompleks Makanan Bukit Gedung

Setiap lokasi ada dua lot parkir motosikal awam yang dikhaskan untuk tujuan pengecasan semula bateri e-motosikal.

BACA >>> KTM Bangunkan Motosikal Elektrik Aras Mula, Dijangka Lancar 2024

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, pendekatan itu bertujuan mempromosikan penggunaan E-motosikal selari dengan visi pengurangan 50 peratus karbon di Pulau Pinang menjelang 2030.

Katanya, Kerajaan Negeri juga mempelawa pengeluar e-motosikal tempatan dan syarikat penghantaran barangan atau makanan untuk bekerjasama dalam menyediakan lebih banyak stesen pengecasan percuma.

Pendekatan itu akan mempercepatkan dan menggalakkan lebih ramai orang menggunakan kenderaan emisi karbon rendah.
Kadar penggunaan motosikal konvensional di Pulau Pinang dijangka mencecah 1 juta unit. Bagaimanapun, e-motosikal kurang dari 1 peratus dari jumlah tersebut.

BACA >>> MBPP: Tiada Lesen Dikeluarkan untuk e-Skuter Pulau Pinang

Pengarah Eclimo, Liew Chun Peng berkata:

“Justeru kami mengambil inisiatif memperkenalkan penggunaan skuter elektrik kepada 50 penghantar makanan di negeri ini sebagai projek perintis, pada masa sama membantu golongan sasar menambah pendapatan.

“Kami turut melihat kemudahan stesen pengecasan percuma seperti ini boleh memberi keyakinan kepada mereka untuk menggunakan kenderaan elektrik sekali gus meringankan kos bahan api yang terpaksa mereka tanggung.”

BACA >>> Kes Pemandu SUV Maut Jatuh Jambatan Pulau Pinang, Lelaki Dipenjara 3 tahun, Denda RM10k

SUMBER: Harian Metro | MBPP

Bandar Rendah Karbon Eclimo Kenderaan Elektrik (EV) motosikal elektrik Pulau Pinang roda2 Stesen Pengecas Motosikal Elektrik
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.