Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Modenas Pulsar RS200, Dominar D400 Turun Harga!
Auto Terkini

Modenas Pulsar RS200, Dominar D400 Turun Harga!

AryonBy Aryon09/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODENAS mengumumkan penurunan harga lebih 10 peratus untuk model Pulsar RS200 dan Dominar D400, berkuat kuasa 8 Mac lalu.

Penurunan itu menjadikan Pulsar RS200 berharga RM9,990, berkurangan 12 peratus, atau RM1,360, manakala Dominar D400 kini berharga RM13,788, menurun RM1,700 atau 11 peratus lebih rendah daripada harga sebelumnya.

BACA >>> Perbandingan: Modenas Pulsar RS200 vs Yamaha YZF-R15, Mana Sesuai Jentera Harian?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata, pengurangan harga adalah seiring pengurangan kos pembuatan dua model tersebut.

“Melalui penambahbaikan dalam proses pengeluaran, Modenas mengurangkan kos pengeluaran Pulsar RS200 dan Dominar D400, menjadikan kedua-dua model popular itu lebih mampu milik untuk semua peminat jentera dua roda Malaysia” katanya.

modenas pulsar rs200 malaysia
modenas pulsar rs200 malaysia
modenas pulsar rs200 malaysia
modenas dominar 400
enjin modenas dominar 400

Modenas Pulsar RS200 ialah model sportbike full-fairing, manakala Modenas Dominar D400 ialah sportbike sport-tourer. Kedua-dua model ini dipacu enjin 4-lejang silinder tunggal SOHC DTS-i penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI).

Sistem transmisi jenis klac manual 6-kelajuan, dan sistem brek menggunakan brek cakera tunggal ByBre. Dua model itu turut dilengkapkan pelbagai ciri premium seperti frem keluli perimeter dan posisi ekzos unik untuk kestabilan tambahan dan ekstra pengendalian buat penunggang.

Selain pengurangan harga, Modenas merancang meningkatkan prestasi jualan dengan meluaskan portfolio produk dan akses, serta pembukaan pengedar sah baharu. Menariknya, pengeluar nasional itu merancang memperkenalkan lima hingga lapan model baharu ke pasaran tempatan sepanjang tahun ini.

BACA >>> Bajaj Buka Tempahan Dominar 400 Versi Patuh BS6

Auto Terkini Modenas MODENAS Dominar D400 modenas pulsar RS200 roda2 Roslan Roskan
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.