Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Modenas Ninja Bakal Jadi Kenyataan, EMOS Sah Pengedar Rasmi Kawasaki di Malaysia!
Auto Terkini

Modenas Ninja Bakal Jadi Kenyataan, EMOS Sah Pengedar Rasmi Kawasaki di Malaysia!

Han OthmanBy Han Othman04/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR rasmi Modenas, EMOS kini secara rasmi menjadi pengedar eksklusif baharu Kawasaki di Malaysia berikutan tamat tempoh enam bulan bersama KMSB Motors Sdn Bhd.

Tempoh peralihan itu berakhir 31 Mac 2022 (semalam) memberikan ruang kepada emos untuk memerhati, mempelajari dan menyesuaikan sepenuhnya operasi perniagaan rakan kongsi teknikal, Kawasaki Motors Ltd (KMC) dalam memastikan pemindahan pengetahuan sebanyak mungkin.

BACA >>> Kawasaki Tunggu Masa Lancar ZX-4R (2022), Fokus Pasaran Eropah?
BACA >>> Modenas Skuter Karisma 125S (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.3k!

KMC kini memiliki 30 peratus ekuiti dalam Modenas bersama DRB-Hicom Berhad sebagai pemegang saham majoriti pengeluar motosikal nasional itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata;

Pemilik motosikal Kawasaki tidak perlu bimbang kerana di bawah pengurusan baharu, tahap unggul produk dan perkhidmatan pelanggan akan dikekalkan.

“Rancangan kami termasuk juga meluaskan operasi, membangun, mengeluar dan menjual motosikal Kawasaki untuk peminatnya yang pasti memberikan gaya hidup mendebarkan kepada rakyat Malaysia. Selain itu, Modenas juga akan memperkenalkan model terbaharu Kawasaki dan melancarkan bilik pameran eksklusif Kawasakibaharu secara berperingkat.

Jadi, nantikan pengumuman kami mengenai detik-detik menarik ini.”

Dengan ekuiti lebih besar dalam Modenas, Kawasaki akan mengambil bahagian secara aktif dalam operasi syarikat tempatan itu yang bukan hanya sekadar pemegang saham. Dengan berakhir tempoh peralihan, Modenas akan mula memasang model Kawasaki terpilih dan pada masa sama mengimport model dengan enjin lebih besar untuk memenuhi pasaran lebih luas.

Bersama ahli berpengalaman kami dari KMC, kami sukacita mengalukan kehadiran Ketua Pegawai Pemasaran Yusaku Kashiwagi baharu. Kami semua bersungguh-sungguh dalam menghidupkan semula jenama Kawasaki di Malaysia yang mempunyai lebih 30 tahun sejarah,” kata Roslan.

Modenas dan Kawasaki mempunyai sejarah bersama yang panjang. Ia bermula sejak kolaborasi dalam menghasilkan model ikonik Kriss pertama pada 1996 yang membantu Modenas mengumpul pengikut setia seluruh negara dan di pasaran antarabangsa.

Yusaku berkata;

Sejak sedekad lalu, kehidupan Malaysia berubah mendadak dengan permintaan lebih tinggi bukan saja untuk keperluan harian, tetapi juga produk yang memberi keseronokan kepada kehidupan mereka.

“Bersama Modenas, kami yakin produk Kawasaki akan dibangunkan dan diedarkan serta dapat memberikan pelanggan kami di Malaysia pengalaman menunggang hebat yang tidak pernah mereka alami sebelum ini.

Ia sentiasa menjadi misi terbesar kami untuk memenuhi kepuasan pelanggan kerana setiap produk kami mewakili intipati jenama Kawasaki. Jangan hilangkan semangat Kawasaki dan ‘Let The Good Times Roll’.”

Sebagai pengedar eksklusif, EMOS melalui pengedarnya akan menjual motosikal Kawasaki, termasuk mengedarkan alat ganti dan aksesori di Malaysia. Selain itu, EMOS juga akan menyediakan perkhidmatan pelanggan meliputi semua perkara teknikal dan isu panggil balik (recall).

Seterusnya bagi semua jualan motosikal Kawasaki, alat ganti dan pertanyaan perkhidmatan berkaitan teknikal, boleh rujuk pengedar sah Kawasaki terpilih di bawah. Sebarang pertanyaan pemilik Kawasaki boleh menghubungi WhatsApp KAWASAKI Careline di talian +6019-570 8135.

BACA >>> Modenas-Ninja 250 CKD Debut Suku Pertama 2022, EMOS-Kawasaki Mula Operasi Tahun Depan
BACA >>> Netizen Tak Percaya, Pelajar Ini Beritahu Beli Ninja 250 ‘Cash’ Hasil Tabungan Jual Kambing

Auto Terkini Emos Kawasaki KMSB Motors Sdn Bhd Modenas Pengedar Rasmi Kawasaki Malaysia Roslan Roskan Yusaku Kashiwagi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.