Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Modenas Lancar Kriss 110, Harga RM3.3k Sahaja!
Roda2

Modenas Lancar Kriss 110, Harga RM3.3k Sahaja!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/09/20196 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SERENTAK bersama streetbike naked Pulsar NS160, Modenas turut melancarkan model kapcai bajet baharu, Kriss 110 yang juga model yang berstatus ikonik dalam barisan produk jenama nasional itu. Model ini akan menggantikan Kriss MR2 yang diperkenalkan pada 2017.

Modenas yakin pengenalan Kriss 110 dan Pulsar NS160 dapat meningkatkan pasaran jualan produk jenama itu daripada 3.9 peratus kepada 6 peratus menjelang akhir tahun ini.

BACA >>> Inilah Motosikal Rakyat, Modenas Kriss MR2 – Harga RM3,890

KRISS 110 disasarkan khas buat pembeli pertama pada harga mampu milik. Motosikal ini dijana enjin karburetor 4-lejang silinder tunggal 110cc penyejukan udara berkuasa 4.7bhp @ 8,000rpm dan tork 6.7Nm @ 6,000rpm. Hantaran kuasa disalurkan menerusi transmisi klac automatik  4-kelajuan.

Kapcai patuh emisi Euro3 ini memiliki tinggi pelana 755mm dengan unit mufler sporty. Kriss 110 turut mendapat status kenderaan cekap tenaga (EEV) yang menjanjikan penjimatan bahan api terbaik,

Kriss 110 menampilkan gaya sporty menerusi rekabentuk berlekuk, bersegi dan tajam yang dapat dilihat pada fairing depan dan sisi, panel kepala, lampu depan dan belakang, madgad, mufler, pelana dan bar genggam belakang.

Bentuk rim aloi 17 inci juga direka sporty, cuma sayang sekali tiada brek cakera disediakan untuk model ini yang sekurang-kurangnya dapat dijadikan daya penarik minta penunggang muda. Ruang simpanan bawah pelana menawarkan kapasiti 6.6 liter.

Kedua-dua roda dipasangkan brek jenis dram dengan unit fork teleskopik di depan dan dwi absorber di belakang. Tangki minyak memiliki kapasiti 4.2 liter dengan anggaran jarak perbatuan sejauh 200km.

Modenas menetapkan sasaran jualan tahunan untuk Kriss 110 adalah sebanyak 35,000 unit. Model kapcai ini dijadualkan berada di pasaran, Oktober nanti. Harga pula memang memuaskan, RM3,377 sahaja dalam pilihan warna kuning, hitam dan biru.

Harga ini lebih murah daripada kapcai bajet SM Sport 110E (RM3,488) yang juga baru dilancarkan tidak sampai seminggu lalu.

BACA >>> Kapcai Paling Murah Malaysia, SM Sport 110E Lancar dengan Harga RM3.4k Sahaja!

GALERI
Auto Terkini Kapcai Kriss Modenas modenas kriss Modenas Kriss 110 roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026

    6 Comments

    1. Zamzari on 13/10/2019 17:53

      Saya bependapat kalau Kriss 110 baru tiada brek cereka dan direct fuel injection engine pun tak mengapa. Jika tidak harganya lebih mahal lagi. Motor macam nie sangat sesuai digunakan oleh orang2 yang lebih veteran dan mereka yang suka bawa motor secara santai. Yang paling penting, sport rim adalah standard, susah nak dapt motor murah dengan sport rim. Motor nie boleh beri saingan kepada Honda EX5..

      Reply
    2. Rider on 29/10/2019 10:33

      Makin slim model modenas kan? Ct115 kalau dibuat gemuk sikit macam ct110 atau kriss lama, best juga. Yang baru ni sayang juga tak dberi disc depan. Ambil saja dari mr2. Saya dah guna kriss 110 1st model, mr1, disc depan memang penting.

      Reply
    3. Suhaimi on 07/11/2019 08:41

      Saya dah memiliki modenas kriss ni, cuma ada sedikit masalah pada system klac gear, bila Nak tukar ke gear neutral, berat. Length kaki.

      Reply
    4. juak on 04/01/2020 08:21

      Aku masih guna Kriss 1 tahun 2001 tiada kerosakan selain tukar spoke to, rantai ,Tatar, brek n minyak engin…seingat aku spark plug pun baru 5 Kali tukar…mentol lampu n bateri 3 kali…oh ya cums rosak meter yg X berapa mustahak…masih memotong dan di potong motor lain…

      Reply
    5. Ong on 20/06/2020 21:34

      Nak cari yang mampu dipiaya

      Reply
    6. Bean on 17/08/2020 19:44

      Tube ke tubeless

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.