Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Modenas Dominar 400 Dikesan Lagi – Bakal Dilancarkan Awal 2018, Kelajuan Max 188kmj?
Roda2

Modenas Dominar 400 Dikesan Lagi – Bakal Dilancarkan Awal 2018, Kelajuan Max 188kmj?

Abang GYLBy Abang GYL19/10/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MODEL penjenamaan semula (rebadged) keempat Bajaj, Modenas Dominar 400 (nama versi Malaysia selepas dilancarkan) sekali lagi dikesan sedang menjalani ujian di sekitar Pendang, Kedah.

Menerusi foto yang diambil oleh Noor Sham, motosikal berkenaan sah adalah Modenas Dominar 400 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.  Pihak Modenas sebelum ini juga sudah mengesahkan Dominar 400 bakal dilancarkan awal tahun depan iaitu sekitar suku pertama 2018.

Bagi anda tidak tahu, Modenas Dominar 400 ialah motosikal streetbike dengan enjin silinder tunggal bersesaran 373cc DTS-i yang turut digunakan KTM Duke 390. Hasil bantuan kotak gear 6-kelajuan, motosikal itu mampu menghasilkan kuasa 35hp pada 8,000rpm berserta tork 35Nm (6,500rpm). Pecutan 0-100kmj pula mampu dibuat sepantas 8.2 saat.

modenas dominar 400 MalaysiaKELAJUAN MAKSIMUM 188KMJ?

Modenas Dominar 400 juga mampu memecut pada kelajuan maksimum 188kmj berdasarkan beberapa video yang dimuat naik beberapa pengguna dalam laman perkongsian video, YouTube.

Bagaimanapun, ketika diberikan peluang melenjan Dominar 400 di litar Bajaj Auto Ltd (BAL) di Pune, India baru-baru ini, kami hanya mampu memecut hingga 160kmj. Ini disebabkan trek lurus dalam litar berkenaan hanya sepanjang 1km, dan kami yakin jentera tersebut boleh pergi lebih pantas.

Aspek tunggangan langsung tidak jadi masalah, terutama jika anda penunggang berbadan besar dan sado seperti saya. Apa yang kami mahu katakan, Modenas Dominar 400 bakal jadi motosikal kegemaran ramai rakyat Malaysia!

BACA >>> Lepas 2 Minggu Bawa Modenas Pulsar RS200, Inilah Pengalaman Saya Dapat!!!

modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
lampu belakang modenas dominar 400
meter modenas dominar 400

HARGA SEKITAR RM18,000?

Ini soalan paling awal kami tanya? Bagaimanapun, Modenas enggan mendedahkan harga jualan, sebaliknya meminta kami buat anggaran sendiri. Ramalan kami, semestinya motosikal itu akan dijual pada harga ‘tidak masuk akal’.

Mungkin di bawah RM20,000 atau sekitar RM18,000, sama seperti harga mengejutkan yang diumumkan untuk Modenas Pulsar NS, RS dan V15. Jadi, memang tidak hairan jika Modenas Dominar 400 turut mengikut jejak langkah adik-adiknya.

Kepada anda yang ternanti-nanti kehadiran Modenas Dominar 400, masih sempat lagi anda menabung dengan gigih. Paling penting, dapatkan lesen B dahulu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 🙂

foto modenas dominar 400 gambar modenas dominar 400 harga modenas dominar 400 modenas dominar 400 modenas dominar 400 malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.