• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Modenas Bakal Lancar 2 Model Rebadge Bajaj - Harga Bermula RM9,100?

Modenas Bakal Lancar 2 Model Rebadge Bajaj - Harga Bermula RM9,100?

April 18, 2017 By Abang GYL 24 Comments

15.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Bajaj Pulsar NS200SEDIA maklum, berita tentang kerjasama di antara Modenas dan syarikat pengeluar motosikal India, Bajaj Auto sudah lama berlegar sejak tahun lalu. Bahkan syarikat pengeluar motosikal tempatan itu sebenarnya sudah pun menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Bajaj Auto.

Selepas Kymco, anda akan melihat dua lagi produk rebadge terbaru dari Modenas. Berdasarkan informasi yang kami terima, model rebadged bersama Bajaj Auto itu bakal dilancarkan bulan depan iaitu sekitar pertengahan Mei. Mungkin pada 18 Mei depan.

Tambah sumber industri itu lagi, dua model Bajaj itu ialah naked bike dan sportbike bersesaran 200cc.  Model yang dimaksudkan ialah Bajaj Pulsar NS200 dan Bajaj Pulsar RS200. Yang pasti, kehadiran model ini bakal memberi saingan buat model KTM 200 Duke.

BACA >>> Modenas Kembali 'Ganas', Lancar 3 Skuter - Modenas Karisma, Elegan & Kymco Downtown

Bajaj Pulsar NS 200_Modenas_PanduLaju (4)
Bajaj Pulsar NS 200_Modenas_PanduLaju (2)

HARGA SERENDAH RM9,100

Berdasarkan hasil risikan kami, harga kedua-dua model tersebut jauh lebih murah berbanding pesaing terdekatnya, KTM 200 Duke  yang dijual pada RM16,000.

Harga bagi model Bajaj Pulsar NS200 bakal dijual sekitar RM9, 100 seunit manakala Bajaj Pulsar RS200 pula kira-kira RM10, 200 seunit.

Bagaimana, menarik bukan?

BACA >>> Modenas TTR 200 - Model Berkonsepkan Cafe Racer

SPESIFIKASI

BAJAJ PULSAR NS200

ENJIN 4-lejang, SOHC, penyejukkan cecair silinder tunggal
SESARAN 199.5cc
KUASA MAX 23.5PS @ 9, 500rpm
TORK MAX 18.3Nm @ 8,000rpm
TRANSMISI 6-kelajuan
SAIZ TANGKI 12L
BERAT 152kg
KELAJUAN MAX 136kmj
DIMENSI PxLxT 2,017mm x 804mm x 1,075mm
JARAK RODA 1, 363mm
KELEGAAN TANAH 167mm
SUSPENSI Teleskopik (depan) / Penyerap hentak mono (belakang)
BREK Cakera 280mm (depan) / Cakera 230mm
TAYAR 100/80-17 (depan) / 130/70-17 (belakang)

BAJAJ PULSAR RS200

ENJIN 4-lejang, SOHC, penyejukkan cecair silinder tunggal
SESARAN 199.5cc
KUASA MAX 24.5PS @ 9, 750rpm
TORK MAX 18.6Nm @ 8,000rpm
TRANSMISI 6-kelajuan
SAIZ TANGKI 13L
BERAT 165kg
KELAJUAN MAX 140.8kmj
DIMENSI PxLxT 1, 999mm x 765mm x 1,114mm
JARAK RODA 1, 355mm
KELEGAAN TANAH 157mm
SUSPENSI Teleskopik (depan)/ Penyerap hentak mono (belakang)
BREK cakera 300mm (depan) / cakera 230mm (belakang)
RODA 100/80-17 (depan) / 130/70-17 (belakang)

GALERI BAJAJ PULSAR NS200

Bajaj Pulsar NS 200_Modenas_PanduLaju (3)
Bajaj Pulsar NS 200_Modenas_PanduLaju (4)
Bajaj Pulsar NS 200_Modenas_PanduLaju (6)
Bajaj Pulsar NS200
Bajaj Pulsar NS 200_Modenas_PanduLaju (1)
Bajaj Pulsar NS 200_Modenas_PanduLaju (2)

GALERI BAJAJ PULSAR RS200

Bajaj Pulsar RS 200_Modenas_PanduLaju (2)
Bajaj Pulsar RS 200_Modenas_PanduLaju (4)
Bajaj Pulsar RS 200_Modenas_PanduLaju (1)
Bajaj Pulsar RS 200_Modenas_PanduLaju (5)
Bajaj Pulsar RS 200_Modenas_PanduLaju (3)

Related

15.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Bajaj Auto, Bajaj NS200, Bajaj Pulsar NS200, Bajaj Pulsar RS200, Modenas

Comments

  1. Sy@sh says

    April 18, 2017 at 11:02 AM

    Tak cukup laju ni..baru stended Fz

    Kena up kurang kurang 150km/j baru sedap jln jauh...

    Reply
    • syah says

      April 18, 2017 at 3:19 PM

      200cc nk laju ape bang ... HP lbih kurang je antara 150cc-200cc.... beza pada pickup je... mcm model demak dzm & skyline top sme je ngn fz .. duke 200 pn lbih kurang je speed bkn nye smpai pn 150 gps meter.. melain kn jenis yg dh modi... 200cc kebawah ni kire mcm street bike je.. nk speed best 250cc ok la HP pn atas 20...

      Reply
      • El Enginero says

        April 19, 2017 at 10:14 PM

        Skyline dgn dzm x laju.. jnis ohv enjin honda cg/cb200.. fz150i jnis sohc lbih response lbih hp.. tp duke 200 trbaik pd klasnya.. dohc..24hp! xslah bajaj jga adalh pmgang tbsar syer ktm austria..sbb tu kilang dorg dkat india.. Dn enjin mybe adalh sma pd bajaj pulsar..dn kljuan adlah hmpir..

        Reply
    • bapak kau hijau says

      April 18, 2017 at 10:44 PM

      laju2 nak p mna bro..hahahaha

      Reply
      • Man says

        May 18, 2017 at 1:20 PM

        Oo nk p mana ye.cuba bro try msok hgway prlis kl bawak dlm 130 ja..

        Reply
    • Jojo says

      April 28, 2017 at 2:27 AM

      Nobody buys a Bajaj for its speed or max power bros!
      Its the reliability and EXTREMELY good fuel consumption and loads of torque that you get from the bike.
      I own one, They're comfortable to ride and do really well over long distances.
      Bajaj is a marathon runner. Not a sprinter.

      Reply
    • Antrax says

      May 20, 2017 at 8:52 AM

      Nak laju..nak murah..ntah ape2 ko nie,,,

      Reply
  2. Ramlie says

    April 18, 2017 at 4:18 PM

    Betol tu fz 150 pon speed 130
    Ni kan 200cc 150 -260 speed baru ok dng cc 200 bajai

    Reply
  3. Anep says

    April 18, 2017 at 8:35 PM

    Tak pernah bwk moto bajaj, tapi pernah bawak tuktuk bajaj re200 pusing sri lanka..lbh kurang 700km total.. enjin mmg reliable...bwk seharian non stop xda issue lgsg. tp top speed 60kmh.. azab..haha..

    Reply
  4. Wahidalwie says

    April 18, 2017 at 10:57 PM

    Kat Malaysia kan ramai kaki modi.. Nk up 200kmj pun boleh.. Betul tak..? Power 23/24ps dah byk..

    Reply
  5. rick says

    April 19, 2017 at 10:57 AM

    bila nak kluarkan yg 250cc punya n bleh designkan cepat.. heee

    Reply
  6. Marang Kerapu says

    April 20, 2017 at 1:18 AM

    Bajaj Pulsar adalah antara model terlaris di India. Top speed Pulsar RS 200 antara 140-150kmj setanding dengan KTM 200 Duke. Banyak info tentang model ditonton di youtube.

    Reply
  7. FENDYPRO says

    April 20, 2017 at 7:13 AM

    BESTNYE... VROOMMMMMMMM

    Reply
  8. irrwar says

    May 4, 2017 at 8:47 AM

    laju x penting tpi teknologi yg penting,harga lbh kurang naza ja.bg sya lbh baik angkat naza n5 atau pn blade mmg terang sedap jln jauh n5 single silinder dohc 28 hp, blade v twin doch 27 hp,bunyi pn power..hrga blh kurang ja....skrg ni 200 ke ats enjin kena pakai dohc dah nk potong lori kt highway x pyh pepah teruk2....rugi klu bli 200cc hp x sma dgn 200cc duke insuran sama ja....hrga.klu bro smua nk angkt hrga ok kualiti ok naza la jawapnya....dlu naza mmg x ok skrg dh ok...sbb mereka kaji kelemahan yg dlu.sya bkn nk down modenas..modenas ok bkn x ok tpi tgk dan kaji blh adakah berbaloi dgn teknologi tu.enjin single over head cam...mmg spec kapcai la.honda rs 150 pn dah guna dohc belang 150 pn sma jgk..jdi renung2kan lah...tima ksh.

    Reply
    • jebon says

      May 18, 2017 at 3:42 PM

      kaki kondem betul..tak pikir pula pasal sparepart ye...

      Reply
    • Kimi says

      May 31, 2017 at 2:47 PM

      Modenas rs200 ni single cam.ker bos...nubis tumpang tanya...nk blajo jadi mat moto hehr

      Reply
  9. Man superbike says

    May 19, 2017 at 8:00 PM

    Hahahahahha rasa tergelak pulak bila modenas nak kata boleh tandingi KTM,enjin soch lbih power honda rs 150 enjin doch...India? Hahahaha....agaknya motor ni boleh makan habuk dibelakang LC 135...bukan nak kondem buatan negara sendiri tpi zaman skrng semua org boleh nilai dah...nak megahkn barangan tempatan ni buatlh yang lain dari yg lain ni tak,enjin 200 cc gna enjin soch apa benda..hahahaa kesian

    Reply
  10. Mat bunga says

    May 26, 2017 at 4:10 AM

    Its ok....nampak la modenas punya kemajuan...design boleh tahan...harga berbaloi...tengok kt komen pon cm ok je...

    Reply
  11. Ahmad zulhrmi Mohd salleh says

    May 29, 2017 at 2:17 AM

    Ok kut klu bajet kecik nak moto besar... bg aku 80km sjam tu dah laju aku mmg takut nak motor lelaju ni tp klu lewat ms 120 pun slow pulak rasanya hahaha... aku guna modenas 120 jer tahun pertama kapcai modenas guna brek disc

    Reply
  12. sivasubramaniam says

    June 27, 2017 at 8:25 PM

    Kat jb motor bila sampai

    Reply
  13. aroon hamzah says

    August 16, 2017 at 8:47 AM

    Bagus modenas ada perubahan dan transfer teknologi baru share is caring he he he

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev