Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Model Lumba Toyota GR Supra GT4 Evo (2023) Siap Sedia Tambah Trofi, Harga RM875k!
Roda4

Model Lumba Toyota GR Supra GT4 Evo (2023) Siap Sedia Tambah Trofi, Harga RM875k!

Abang HirataBy Abang Hirata31/10/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASUKAN lumba GT4 yang mahu menukar atau mendapatkan kereta baharu, Toyota GAZOO Racing (TGR) baru-baru ini memperkenalkan jentera lumba GR Supra GT4 (2023) dengan menambah baik aspek pembrekan, pengendalian dan prestasi enjin.

Bagi model terbaharu, TGR menggunakan maklum balas pelanggan dan pemandu secara ekstensif bagi menambah baik kereta yang sudah sedia cemerlang dengan lebih 100 podium perlumbaan.

BACA >>> Siapa Sangka Toyota Supra (1997) dengan Perbatuan Lebih 250,000km Ini Dijual RM354k!
BACA >>> #Videotomotif: Boleh Ke Pergi Kelantan Bawa Supra dengan RM400, Siap Makan?

Sejak digunakan dalam musim perlumbaan penuh sepanjang 2020, lebih 50 unit GR Supra GT4 bersaing dalam perlumbaan serata dunia dengan memenangi 11 kejuaraan kebangsaan dan antarabangsa.

Saingan dalam kategori GT4 sangat sengit dan GR Supra GT4 terus dibangunkan supaya pelanggan TGR dapat kekal berada di atas. Dalam perlumbaan, jurutera TGR menyediakan khidmat sokongan litar kepada pasukan pelanggan dan pemandu. Daripada maklum balas diperoleh itulah GR Supra GT4 EVO (2023) dibangunkan.

TGR turut menambah baik rekabentuk sistem brek dan tetapan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang dikalibrasi semula. Set suspensi menggunakan teknologi redaman KW terkini dan bar anti-oleng baharu. Hasil penambahbaikan itu dapat dilihat pada pengendalian yang lebih baik dan kelajuan lebih tinggi di selekoh.

Pemandu juga boleh mendapatkan masa pusingan lebih pantas berikutan peningkatan kuasa dan keluk daya kilas dioptimum pada enjin 3.0L turbo GR Supra yang turut menerima manfaat daripada sistem penyejukan lebih baik.

Seperkara menarik, GR Supra GT4 EVO (2023) lebih senang dipandu buat pemandu amatur, dan pada masa sama memberikan prestasi dimahukan pelumba profesional.

GR Supra GT4 EVO (2023) akan melakukan debut pada Januari 2023 sempena 24 Hours of Daytona. Pesanan untuk model baharu ini dibuka pada 28 Oktober lalu dan pasukan yang sudah memiliki jentera ini layak mendapatkan kit naik taraf. Harga lengkap untuk sedia berlumba ialah €186,000 (RM875,075), tidak termasuk bayaran kastam, logistik dan sebagainya.

Spesifikasi GR Supra GT4 EVO (2023)

  • Dimensi panjang 4,460 mm, dan lebar 1,855 mm.
  • Badan besi/aluminium dengan rangka keselamatan kekuatan tinggi mengikut peraturan Persekutan Automobil Antarabangsa (FIA).
  • Tangki minyak ATL FT3 dengan sistem isian pantas (120 liter).
  • Kerusi pemandu OMP dengan tali keledar keselamatan (FIA 8862-2009).
  • Enjin 6-silinder sebaris 2,998 cc pengecas turbo tunggal twin-scroll.
  • Daya tork hingga 660Nm.
  • Sistem pengurusan enjin Marelli ECU.

  • Ekzos lumba Akrapovic dengan penukar bermangkin.
  • Pelincir Ravenol.
  • Transmisi automatik ZF yang diubah suai dengan pedal syif.
  • Diferensial gelincir terhad (LSD) DREXLER Motorsport.
  • Aci pacu (driveshaft) GKN Motorsport spesifikasi tinggi.
  • Suspensi lumba boleh laras KW.
  • Stereng dengan sokongan elektrikal.
  • Brek cakera 390mm dengan kaliper Brembo 6-piston (depan), dan brek cakera 365mm dengan kaliper Brembo 4-piston  (belakang).
  • Rim OZ 11 x 18 inci dengan tayar Pirelli 305/660-18.
  • Ciri keselamatan Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan ABS, sistem jek udara, dan sistem pemadam kebakaran.

BACA >>> Toyota Corolla (2023) Kemas Kini Model Sedan, Hatchback dan Wagon di Jepun
BACA >>> SUV Terlaris Dunia Toyota RAV4 GR Sport (2022) Kini dalam Versi Sporty, Pengendalian Mantap

kereta lumba Kereta Sport Toyota Toyota Gazoo Racing Toyota Gazoo Racing (TGR) Toyota GR Supra Toyota GR Supra GT4 Toyota GR Supra GT4 EVO Toyota GR Supra GT4 Evo (2023)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.