Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
Roda2

MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/11/20231 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA meninjau sekeliling kawasan ruang pameran Suzuki di Litar Antarabangsa Petronas Sepang, ada dua kejutan menarik sedang menunggu anda.

Pertama, ada penampilan skuter misteri berwarna putih biru dengan nama MODA Shifter 400X (2023). Kedua, ada lima model motosikal jenama Kove disusun di satu sudut bersebelahan motosikal MV Agusta.

Artikel ini  menumpukan skuter maksi MODA Shifter 400X (2023). Sejujurnya, penulis merasakan ini kembar kepada Dayang Vorei ADV350 di China atau Bristol Maxie 400 di beberapa pasaran luar.

Bukan pelik kerana banyak pengedar dan pemasang motosikal dunia lebih gemar menjenamakan semula produk dari China.

Menarik tentang MODA Shifter 400X (2023) ialah skuter itu dilengkapi dua unit kamera pemuka di depan dan belakang, serta turut dilengkapi ciri Sistem Kawalan Traksi (TCS).

Berikut perincian skuter berkenaan:

  • Enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 333cc penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI), berkuasa 29.1hp @ 7,000rpm, dan tork 33.5Nm @5,500rpm.
  • Kotak gear automatik dan mampu mencapai kelajuan maksimum 138kmj.
  • Sistem brek cakera tunggal 276mm di depan dan 240mm di belakang. Turut dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Rim aloi 14 inci dengan tayar 120/70 (depan), dan rim 13 inci dengan 150/70 (belakang).
  • Menggunakan sistem penghidup tanpa kunci, manakala kapasiti tangki minyak 17.4 liter.
  • Ada dua warna pilihan, putih dan hitam.
  • Dijangka masuk Malaysia tahun depan, dan masih tidak diketahui sama ada sebagai produk pemasangan tempatan (CKD), atau import (CBU).
Bristol Maxie 400 Dayang Vorei ADV350 Litar Antarabangsa Petronas Sepang MODA Shifter 400X MODA Shifter 400X (2023) roda2 skuter maksi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Sukan Permotoran

    TGR Vios Challenge 2026: Aksi Sengit Di Sepang, Perebutan Kejuaraan Makin Terbuka

    23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

    23/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026

    1 Comment

    1. Jauhari on 18/11/2023 21:57

      Welcome Good item

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.