Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Mod Eco yang Perlu Anda Tahu, Kenapa Ciri Ini Ada?
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Mod Eco yang Perlu Anda Tahu, Kenapa Ciri Ini Ada?

Han OthmanBy Han Othman22/12/20185 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INDIKATOR pemanduan Eco atau mod Eco dipercayai dimulakan Toyota pada Oktober 2006 apabila semua model kenderaan transmisi automatik jenama itu mula dibekalkan dengan ciri berkenaan.

Tujuan Toyota membangunkan mod Eco sudah tentu untuk menggalakkan pemanduan yang mesra alam sekitar dengan sasaran mengurangkan pencemaran gas karbon dioksida (CO2) disebabkan peningkatan penggunaan bahan api. Ya, itulah falsafah abad baru Toyota dan mereka nyata bersungguh-sungguh ke arah merealisasikannya.

Banyak faktor diambil kira untuk menjustifikasikan sesebuah kenderaan itu dipandu dalam mod Eco, antaranya penggunaan pendikit, keberkesanan enjin dan transmisi, termasuk laju dan kadar pecutan. Apabila semua perkara itu berada dalam draf standard ditetapkan, indikator akan menyala yang menandakan kenderaan itu beroperasi dalam keadaan bahan api efisien.

Objektifnya sudah tentu tidak lain dan tidak bukan adalah meningkatkan kesedaran pengguna supaya memikirkan pemanduan yang menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar sekeliling pemandu dan menjimatkan sumber bahan api.

Walaupun keputusan mungkin berbeza bergantung kepada tahap trafik dan kondisi lain seperti kekerapan yang bermula daripada proses henti dan pecut, serta jarak pemanduan, tetapi indikator pacuan Eco mampu meningkatkan kecekapan bahan api pada kadar sekurang-kurangnya 4 peratus.

JENIS MOD ECO

Mod Eco Aktif Honda CRV 2015

Ada dua jenis mod Eco, iaitu aktif dan pasif. Mod Eco aktif datang dalam bentuk punat khas di mana pemandu boleh mengaktif dan mematikan fungsinya. Apabila diaktifkan, operasi enjin dan kawalan transmisi akan berubah, di mana biasanya respon terotel akan dijinakkan, sekali gus membuatkan enjin kurang agresif, tukaran gear lembut dan lancar, manakala pecutan lebih linear.

BACA >>> 9 Fakta Menarik Tentang Hyundai Accent (2018), Kini Lebih Berkuasa, Lebih Bergaya

Sudah tentu perubahan itu menjurus kepada penjimatan bahan api lebih baik. Hyundai adalah antara pengeluar yang memperkenalkan mod Eco aktif pada model keluarannya, dikenali sebagai Active Eco. Antara model-model tersebut ialah Accent, Elantra, Sonata, Tucson dan Santa Fe.

Satu lagi mod adalah jenis Eco pasif, berupa indikator di panel meter. Mod Eco jenis ini bergantung kepada cara dan karakter pemanduan si pemandu tanpa ada sebarang perubahan operasi enjin. Jika kereta dipandu dalam kondisi jimat menurut tetapan perkiraan komputer, maka indikator pacuan Eco akan menyala. Dalam erti kata lain, mod Eco pasif sekadar panduan kepada pengguna tentang bagaimana mereka harus memandu dengan berhemat untuk mendapatkan penjimatan bahan api terbaik.

POSISI ECO DALAM KERETA

Indikator Eco Mitsubishi Mirage
Punat Active Eco Hyundai i30

Indikator pacuan Eco biasanya terletak dalam panel meter sama ada dalam bentuk perkataan ‘ECO‘ atau simbol ‘daun‘ atau ‘pokok‘, ataupun kedua-duanya sekali. Sementara itu, warna standard bagi indikator Eco ialah hijau. Punat mod Eco aktif pula biasanya terletak di panel bawah stereng atau panel utama papan pemuka atau stereng.

MOD ECO DALAM KERETA NASIONAL

Perodua menerusi model Axia ialah kereta tempatan pertama memperkenalkan indikator pemanduan Eco sebelum disusuli model Bezza.  Proton turut tidak ketinggalan menampilkan model baharu keluarannya dengan ciri sama yang dimulai Persona, kemudian Saga. Paling baharu ialah Myvi (2018).

BACA >>> #PanduUji: Perodua Myvi (2018) Baharu Sedap Dipandu, Tapi…

Indikator pemanduan Eco sudah menjadi antara fitur baharu kereta moden hari ini dan masa hadapan. Sudah tentu ia ciri terbaik kerana pengeluar akan mengambil kira aspek kecekapan bahan api dalam setiap pembangunan produk masing-masing. Bagi pengguna pula, ciri berkenaan semestinya banyak membantu gaya pemanduan mereka seharian.

apakah mod Eco autotainment Eco Active mod Eco pemanduan eko Perodua Axia Perodua Bezza Perodua Myvi (2018) Proton Persona 2016 Proton Saga 2016 tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026

5 Comments

  1. Kamal on 24/09/2016 21:49

    Perkataan “Fitur” Sungguh janggal bunyinya. Guna “ciri-ciri” kan lebih baik

    Reply
    • Panduperlahan on 25/04/2019 20:36

      Ya. Hahaha. Bahasa kita kan dah ada

      Reply
      • Mirun on 05/07/2019 23:14

        Dulu Proton Wira 1.6XLi Auto ada switch Power & Economy sebelah handbrake

        Reply
  2. Duan on 25/09/2016 22:41

    Bahasa mudahnye….bawalah kenderaan anda 80km-90km sejam sahaja….hihi.

    Reply
  3. Zarul Zulfainy on 10/12/2019 00:56

    Nak tanya, kalau dalam mod eco pasif. Adakah butang eco perlu di tekan setiap kali ingin memggunakannya dan tutup jika tidak menggunakannya.? Apakah ecu/system akan mengalami sebarang masalah jika butang eco ditekan/buka tetapi x di offkan ( penggunaan eco sepanjang masa)

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.