Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Xpander Laku Keras di Malaysia Sampai Kena Tunggu 6 Bulan!
Auto Terkini

Mitsubishi Xpander Laku Keras di Malaysia Sampai Kena Tunggu 6 Bulan!

Abang GYLBy Abang GYL19/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Xpander nampaknya ‘laku keras’ apabila menerima lebih 6,000 unit tempahan. Setakat 31 Disember 2020, sebanyak 921 unit sudah diserahkan kepada pembeli.

Menurut Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), merah menjadi warna paling disukai pembeli, manakala tempoh menunggu berlarutan hingga enam bulan. Justeru pelanggan yang membuat tempahan diminta bersabar kerana pengecualian cukai jualan kini dilanjutkan hingga Jun tahun ini.

Berikut beberapa fakta dan perincian spesifikasi Xpander (2020) yang dilancarkan di Malaysia:

  • Dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) dari kilang di Pekan, Pahang pada harga RM91,369.
  • Dijana enjin petrol 4-silinder 1.5L MIVEC berkuasa 103hp @ 6,000rpm dan tork 141Nm @ 4,000rpm dengan transmisi automatik 4-kelajuan.
  • Menampilkan rekabentuk sporty dengan bahasa rekabentuk Dynamic Shield yang juga diperkenalkan pada model baharu Mitsubishi seperti Triton.
  • Lampu utama Bi-LED diposisikan pada sudut bampar. Lampu tirus separas bonet dijadikan lampu siang (DRL) LED, manakala lampu belakang jenis iluminasi LED bentuk L.
  • Rim jenis aloi dwi-tona 16 inci.
  • Kerusi baris kedua dan ketiga boleh dilipat rata bagi membolehkan pemilik membawa barangan lebih banyak dan bersaiz besar.
  • Ada banyak ruang simpanan disediakan, iaitu di bawah kerusi depan, kotak storan bawah kerusi, poket sisi tempat duduk baris ketiga berserta pemegang botol, kotak konsol tengah, pelbagai kotak barang dan kotak glove dua bahagian.
  • Ada empat ventilator penyaman udara pada bumbung untuk aliran udara lebih baik kepada penumpang baris kedua dan ketiga.
  • MMM menawarkan pakej pengedar sah, terdiri daripada Pemantau Keliling (ARM), Perakam Video Pemanduan (DVR) dan kerusi kulit.
  • Ada unit infotainmen 9 inci dengan ciri konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Ada kluster instrumen 4.2 inci dengan paparan multi-info seperti tolok suhu enjin, indikator kawalan jelajah, dan bateri lemah pada alat kawalan.
  • Ada empat warna ditawarkan: Red Metallic (merah), Quartz White (putih), Titanium Grey (kelabu) dan Diamond Black (hitam).
  • Ciri keselamatan:
    • 2 beg udara SRS
    • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
    • Agihan Brek Elektronik (EBD)
    • Kawalan Stabiliti Aktif (ASC)
    • Bantuan Brek (BA)
    • Bantuan Mula Daki (HSA)
    • Peringatan Rehat
    • Sistem Atasi Brek (BOS)

Tahniah Mitsubishi!!!

BACA >>> YouTuber Indonesia Dedah Kenapa Mitsubishi Xpander Boleh Fenomena di Indonesia
BACA >>> Mitsubishi Mirage (2021) Diperkenal di AS, Kini Lebih Moden, Bergaya!

Crossover Harga Mitsubishi Xpander Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Xpander mitsubishi xpander laku keras Mitsubishi Xpander Malaysia MPV Roda4 SUV 7-Kerusi SUV segmen-B
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.