Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Xpander Cross (2023) Facelift Masuk Thailand, Harga RM120k!
Roda4

Mitsubishi Xpander Cross (2023) Facelift Masuk Thailand, Harga RM120k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MITSUBISHI Xpander Cross (2023) versi dipertingkat (facelift) diperkenal di Thailand pada harga 946,000 baht (RM120,610), meningkat 7,000 baht (RM890) berbanding model 2022.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu dikuasakan enjin petrol 4-silinder 1.5L dengan transmisi automatik CVT berkuasa 105hp dan tork 141Nm.

BACA >>> #Perbandingan: KTM Duke 200 vs KTM RC 200, Pilih Fairing atau Naked?
BACA >>> MMM Jual Lebih 24k Kenderaan Sepanjang 2022, Mitsubishi Xpander Paling Laris!

Rupa depan Mitsubishi Xpander Cross (2023) facelift menyaksikan perubahan rekaan gril Advance Dynamic Shield menerusi penggunaan mentol LED penuh untuk lampu utama, lampu siang (DRL), lampu signal belok dan lampu kabus.

Bumbung dan rel bumbung kini dihitamkan, manakala bahagian belakang mendapat set lampu belakang diperbaharui.

Gaya Mitsubishi Xpander Cross (2023) facelift kini lebih lasak menerusi padanan bampar belakang lebih menarik, kemasan pintu dan gerbang roda dengan rim aloi 17 inci.

Ruang kabin menampilkan kerusi kulit dengan kombinasi tona biru-hitam. Tambahan lain ialah kluster instrumen LCD 8 inci baharu dan stereng kulit dengan fungsi punat kawalan.

Unit infortainmen skrin sentuh bersaiz  9 inci diberikan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Juga ada port pengecas USB Type-A dan Type-C, termasuk soket kuasa 12V.

Tidak dilupakan penyaman udara untuk penumpang belakang, dan tambahan lampu utama automatik dan sensor pengelap hujan untuk cermin depan.

Aspek keselamatan kini tersedia Kawalan Yaw Aktif (Active Yaw Control, AYC) yang membantu mengawal pemanduan dan daya brek roda depan.

AYC juiga membantu meningkatkan prestasi membelok dan kestabilan, terutama atas permukaan jalan licin. Mitsubishi juga menambah baik sistem suspensi untuk memberikan lebih kestabilan dan keselesaan ketika memandu.

BACA >>> Xpander Model Paling Laris Vietnam Sepanjang Ogos 2022!
BACA >>> Mitsubishi Xpander Cross (2022) Lancar di Indonesia, Harga Mula RM93k!
BACA >>> Enjin Rotari Kembali Lagi untuk Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV Berkuasa 168hp, Tork 260Nm

Active Yaw Control (AYC) Auto Terkini Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Mitsubishi Motor Thailand Mitsubishi Xpander Cross Mitsubishi Xpander Cross (2023) Facelift MPV Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.