Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Mitsubishi Triton Lite – Raja Trak Pikap
Bikin Auto

Mitsubishi Triton Lite – Raja Trak Pikap

Abang GYLBy Abang GYL29/06/20163 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mitsubishi Triton LiteRUANGAN Bikin Kereta kali ini agak menarik dengan menampilkan model trak pikap, Mitsubishi Triton Lite yang hadir dengan rekaan lebih maskulin.

Daripada sebuah trak pikap, ia kini menjadi salah satu jentera digeruni ramai. Lihat saja rekaan luaran sudah mampu membuatkan ramai orang takut dengannya. Jika ikutkan trend, jarang sekali kita melihat trak pikap menerima pembaharuan bukan saja pada luaran, malahan ruangan prestasi turut dipertingkatkan.

Mitsubishi Triton LitePRESTASI:

Menariknya trak pikap ini, nadi asal 4D56 dinaik taraf dengan pemasangan unit turbo dari model Dmax 3000. Bahagian intercooler turut direka kustom selain sistem pam diesel diubah kepada lebih berkuasa berbanding asal.

Untuk mendapatkan enjin lebih berkuasa, ia turut menempatkan nozzle GTX dan stopper EGR. Selain itu, unit ECU Shop Boost Speed Mark 2 turut digunakan dan kotak gear pula dilengkapi dengan klac berprestasi tinggi dari BRC All Drag. Manakala sistem ekzos diimport khas dari Thailand.

Dari aspek cengkaman, trak pikap ini masih mengekalkan sistem brek asal di samping penggunaan pelapik brek berketahanan tinggi.

Mitsubishi Triton LiteLUARAN:

Beralih ke bahagian luaran, Mitsubishi Triton Lite ini dipasangkan dengan bar stabilizer titanium pada bahagian belakang. Beberapa peralatan keluaran Monza turut digunapakai. Antaranya hood hadapan, spoiler dan bonet belakang gentian karbon.

Cermin sisi pula diganti dengan gentian karbon dari Craft Square. Lebih menyerlah, trak pikap ini memakai rim Volk Racing CE28 berukuran 18 inci.

Mitsubishi Triton Lite

Dengan tema berwarna merah dikontrakan dengan kuning di bahagian belakang, ternyata jentera milik Noor Azaruddin atau dikenali Ajib ini mampu menarik perhatian ketika berada di atas jalan raya.

DALAMAN:

Ruang dalaman turut menerima pengubahsuaian. Antaranya tempat duduk Recaro berwarna merah, stereng Nardi dan tombol gear titanium. Untuk mengawal prestasi enjin, empunya jentera menempatkan deretan meter Defi ‘lima beradik’.

Buat anda yang memiliki trak pikap, mungkin boleh jadikan jentera ini sebagai panduan untuk mengubahsuai.

TEKS & FOTO Shah Bahulu@Adam Photography

SPESIFIKASI

Mitsubishi Triton Lite

ENJIN ASAL 4D56
MODIFIKASI ENJIN Intercooler, turbo DMax 3000, diesel pump upgrade, nozzle GTX, EGR stopper, sistem ekzos MS Thailand
ELEKTRONIK ECU SHOP BOOST SPEED Mark 2
TRANSMISI Clutch BRC ALL DRAG
RODA Rim Volk Racing CE28 18 × 10JJ 245/40/18 (depan), CE28 18 × 11JJ 265/35/18 (belakang)
LUARAN Cermin sisi craft square carbon, bonet depan karbon oleh Monza, spoiler, bonet belakang, stabilizer body titanium bonet belakang, sunroof
DALAMAN Kerusi recaro, gear knob titanium, boost autometer, stabilizer body titanium cermin belakang, stereng nardi, meter defi 5 beradik
BENGKEL TLOC & Dark Smoke
PEMILIK Noor Azaruddin (Ajib)

Mitsubishi Triton Lite
Mitsubishi Triton Lite
Mitsubishi Triton Lite
Mitsubishi Triton Lite
Mitsubishi Triton Lite
Bikin Kereta Mitsubishi Triton Lite Modifikasi Noor Azaruddin Raja Trak Pikap Trak pikap
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Chery Tiggo V 2026
    Roda4

    #AutoChina2026: Chery Tiggo V Diperkenal, SUV ‘Transformer’ yang Gabungkan MPV, Trak Pikap dan RV dalam Satu Badan

    11/05/2026
    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026
    Ducati Multistrada V4 Rally DFM
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Ducati Multistrada V4 Rally DFM, Kustom dari Kilang Macam Kereta Mewah!

    22/04/2026

    3 Comments

    1. Burhan on 29/07/2019 16:34

      assalamualaikum dan slmt ptg nk brtaya blh kh triton lite standard 2.5…yg asalnya x da RPM kta nk psang RPM dpt buat tak?mnta pncerahan nak connect kat mna cable RPM tu ek?mhon tnjuk ajar tq…

      Reply
    2. zam on 23/01/2022 05:48

      saya nak modified lite turbo 2013 saya supaya lebih berkuasa boleh kongsi no pemilik pickup ini

      Reply
    3. zam on 02/06/2022 01:30

      bengkel tloc ni di mana ye

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.