Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Rai Eksport ke-4 Juta Unit Kenderaan dari Kilang Thailand ke Pasaran Global
Auto Terkini

Mitsubishi Rai Eksport ke-4 Juta Unit Kenderaan dari Kilang Thailand ke Pasaran Global

Abang HirataBy Abang Hirata02/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MALAYSIA adalah beberapa negara dunia yang memiliki kepakaran dalam menghasilkan kereta bermula lakaran, pembuatan hingga pemasaran. Ini strategi yang berani dan kerap dibandingkan dengan negara lain.

Walaupun dikritik hebat, tetapi pada masa sama langkah tersebut turut diikuti negara lain. Vietnam misalnya mempunyai VinFast yang bukan saja mengeluarkan kereta, tetapi juga motosikal.

Thailand pula pada Pameran Motor Antarabangsa Bangkok tahun ini melancarkan kenderaan elektrik, Mine Mobility dan khabarnya sudah menerima lebih 4,500 tempahan. Sebelum itu, negara jiran itu sudah pun mempunyai jenama motosikal sendiri, GPX yang turut dipasarkan ke negara kita.

BACA >>> GPX Demon 150GR aka Panigale Mini Kini di Malaysia, Harga RM9,800 Sahaja!

THAILAND – HAB PENGILANG DUNIA

Faktanya, setiap negara ada strategi berbeza yang bukan sekadar mahu mengeluarkan kereta, tetapi bertujuan membangunkan industri berat dan keupayaan anak tempatan. Sebelum ada jenama sendiri seperti Mine Mobility dan GPX, Thailand terlebih dahulu membina ekosistem industri automotif sebagai hab pengilang kepada banyak jenama dunia.

Strategi tersebut berjaya apabila Thailand dikenali sebagai hab utama pengilangan kenderaan global dengan fokus utama kepada trak pikap saiz sederhana.

Salah satu bukti menyokong kenyataan itu, Mitsubishi Motors Corporation (MMC) pada 31 Julai lalu mengumumkan eksport Thailand ke luar negara kini sudah pun mencecah 4 juta unit dan pencapaian itu diraikan di kilang Laem Chabang, Chonburi, Thailand. Tahun lalu pula, MMT merekodkan 5 juta unit pengeluaran, pencapaian yang boleh dianggap luar biasa.

Mitsubishi Motors Thailand (MMT) ialah subsidiari MMC di Thailand yang mempunyai tiga kilang pemasangan dan satu kilang enjin di Chonburi, juga fasiliti terbesar luar Jepun.

MMC memulakan operasi di Thailand sejak 1961 dengan mencatatkan sejarah sebagai pengeluar pertama mengeksport kenderaan pada 1988. Tahun lalu, hampir 80 peratus daripada 440,00 kenderaan yang dipasangkan di Thailand dieksport ke pelbagai negara. MMT turut merekrut lebih 7,000 pekerja dan ramai lain dalam rangkaian pembekalan.

BACA >>> Lepas Pandu Uji Lebih 250km, Ini Pandangan Abang Tentang Mitsubishi Triton (2019)

XPANDER LAKU KERAS

Thailand akan terus jadi hab pengilangan penting dalam operasi global MMC. Tambahan lagi, rantau Asean adalah pasaran penting buat Mitsubishi. Ini boleh dilihat melalui prestasi jualan Mitsubishi Xpander yang berjaya menggugat populariti Toyota Avanza sebagai model laku keras di Indonesia sejak sekian lama.

Kehebatan Xpander terus terbukti apabila dijenamakan semula sebagai Nissan Livina dan dilancarkan di Indonesia, Februari lalu.

Di peringkat antarabangsa, produk keluaran kilang Chonburi, Mitsubishi L200 (Triton) baru sahaja tiba di Britain pada 23 Julai lalu dan bakal dilancarkan di sana pada 15 Ogos di Silverstone.

BACA >>> 16 Fakta Pantas – Mitsubishi Xpander (Versi Indonesia) + 61 Foto Dalaman, Luaran

Auto Terkini Eksport Mitsubishi Mitsubishi L200 (Triton) Mitsubishi Motors (Thailand) Co. Ltd Mitsubishi Motors Corporation (MMC) Mitsubishi Motors Thailand (MMT) MMT Thailand
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.