Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD Versi CKD Sedia Ditempah – RM139,988 Sahaja
Roda4

Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD Versi CKD Sedia Ditempah – RM139,988 Sahaja

Han OthmanBy Han Othman20/09/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV), Outlander 2.0L 4WD versi pemasangan tempatan (CKD).

Upacara pelancaran dirasmikan Ketua Pegawai Ekesekutif (CEO) MMM, Tomoyuki Shinnishi dan CEO Warisan Tan Chong Motor Holdings, Tan Keng Meng, serta Ketua Pakar Produk dari Mitsubishi Motors Corporation (MMC), Jepun, Yoji Otani. Sebagai makluman,  Outlander dipasangkan di kilang Tan Chong Motors Assemblies (TCMA) dekat Segambut, Kuala Lumpur.

Terdahulu, kilang TCMA sudah pernah memasang model ASX untuk Mitsubishi Motors sejak 2014 yang turut menjadi kenderaan Mitsubishi pertama yang dipasang di Malaysia.  Malah, kakitangan MMC dari Jepun ditempatkan di barisan pemasangan tempatan untuk memantau aspek kawalan kualiti dan proses.

Dari Kiri: CEO MMM, Shinnishi, CEO Warisan Tan Chong Holdings, Tan Keng Meng, Ketua Pakar Produk MMC, Otani, dan COO MMM, Ilham Helmi
Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD versi CKD menampilkan warna baharu, Ruby Black, yang diperkenalkan khas untuk pasaran Malaysia

Tomoyuki berkata, Outlander ialah model kedua Mitsubishi yang dibuat secara CKD dan SUV itu diharapkan mendapat maklum balas baik seperti mana ASX. Menurutnya lagi, aspek keselamatan dan ruang adalah apa yang ditawarkan Outlander, manakala keputusan menghasilkan SUV itu secara CKD diharapkan mampu menjadikan ia lebih mampu milik buat pembeli Malaysia.

“Kami beri jaminan tiada perbezaan kualiti antara unit CKD dan import,” katanya.

Outlander dilancarkan di Malaysia pada April 2016 sebagai model import sepenuhnya (CBU) dari Jepun menerusi varian 2.4L 4WD, manakala model CKD Outlander baharu ini menampilkan varian 2.0L 4WD. Berikut ialah apa yang ditawarkan Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD:

Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander

PRESTASI HEBAT DI MANA-MANA

  • Dijana enjin DOHC MIVEC 2.0L berkuasa 142hp dan tork 196Nm bersama transmisi variabel berterusan (CVT) INVECS-III.
  • 7 penumpang, termasuk pemandu.
  • Kestabilan dan sistem traksi dipertingkat dengan menaik taraf sistem 4WD.
  • Menampilkan sistem 4WD pintar sebagai ciri standard semua varian.
  • Tidak seperti sistem 4WD on-demand, sistem Multi-Select 4WD Outlander menawarkan tiga mod pilihan – 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock – yang boleh disesuaikan mengikut kondisi dan permukaan rupa bumi.

CIRI KESELAMATAN MEYAKINKAN

  • 7 beg udara.
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Agihan Brek Elektronik (EBD).
  • Bantuan Brek (BA).
  • Stabiliti Aktif dan Kawalan Traksi (ASTC).
  • Bantuan Daki Bukit (HSA).
  • Pautan kerusi ISOFIX.
  • Struktur binaan badan Evolusi Keselamatan Impak Diperkuat (RISE).
  • Kamera undur dengan garis panduan
  • Pengingat Rehat (Rest Reminder) yang berfungsi mengingatkan pemandu supaya berhenti rehat apabila letih.

* Semua ciri keselamatan di atas ialah standard.

CITA RASA PREMIUM

Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
  • Menampilkan rekaan penuh gaya menerusi rekabentuk signatur Perisai Dinamik (Dynamic Shield).
  • Lampu siang (DRL) LED.
  • Rim aloi 18-inci.
  • Kabin luas dengan kapasiti 7-kerusi.
  • Ruang but 1,608 liter terbaik dalam kelas dengan baris tempat duduk kedua dan ketiga boleh dillipat.
  • Lampu utama dan bilah pengelap automatik.
  • Entri tanpa kunci (keyless) dengan punat tekan hidup.
  • Sistem infotainment skrin sentuh HD bersaiz 7-inci dengan sambungan Apple CarPlay.
  • Skrin siap disertakan Kawalan Gestur Udara untuk lebih keselesaan.
  • Sensor parkir depan, termasuk belakang.
  • Perakan video digital atau dashcam.
  • Filem cermin gelap.

Berminat? Tempahan Mitsubishi Outlander CKD kini dibuka di semua bilik pameran Mitsubishi seluruh negara. Ada tiga warna ditawarkan:

  • Red Metallic (merah).
  • Solar White (putih).
  • Ruby Black (hitam – warna baharu, khas untuk pasaran Malaysia).

Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD versi CKD ini ialah RM139,988 sehingga penghujung tahun ini. Setiap pembelian disertakan bersama waranti pengeluar MMM selama 5 tahun dengan perbatuan tanpa had. Tunggu apa lagi!

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mitsubishi Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD CKD Roda4 SUV Tan Chong Motors Assemblies (TCMA)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

14/05/2026
Auto Terkini

Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

13/05/2026
Toyota Corolla 60th Edition 2026
Roda4

Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

12/05/2026
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

12/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
KTM 390 Series Launch
Roda2

KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

By Shazwan Hisam11/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.