KEHANGATAN Bangkok International Motor Show (BIMS 2016) terus dimeriahkan menerusi pengenalan Mitsubishi Mirage versi dipertingkat (facelift).
Model kompak versi Thailand itu hadir dengan penampilan lebih berani dan menarik. Berikut ada beberapa penambahan dilakukan pada Mitsubishi Mirage facelift ini;
PENAMBAHBAIKAN:
- Lampu utama jenis projektor Bi-Xenon HID
- Lampu LED nyalaan siang
- Lampu belakang LED
- Spoiler belakang
- Rim aloi 2-tona bersaiz 15-inci
- Gril hadapan dengan rekaan baharu
- Kemasan krom pada bawah gril hadapan
5 WARNA MENARIK:
- Ungu
- Oren
- Putih
- Hitam
- Kelabu
ENJIN KEKAL:
Aspek prestasi, ia masih kekal sedia kala. Hasil bantuan kotak gear CVT INVECS-III, Mirage facelift dipacu unit enjin DOHC MIVEC bersesaran 1.2L yang mampu menghasilkan kuasa 78hp dan tork 100Nm.
Harap-harap Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akan membawa masuk model facelift ini ke pasaran Malaysia. Bukan apa, nampak lawa dan mengancam Mirage facelift.
Leave a Reply