Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Destinator 2026 Lancar di Filipina, SUV Turbo 7-Kerusi, Harga Mula RM96.7k
Roda4

Mitsubishi Destinator 2026 Lancar di Filipina, SUV Turbo 7-Kerusi, Harga Mula RM96.7k

Han OthmanBy Han Othman24/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mitsubishi Destinator 2026 | Filipina

MITSUBISHI Motors Philippines Corporation (MMPC) akhirnya mendedahkan kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi Mitsubishi Destinator 2026 serba baharu yang sebelum ini muncul sebagai DST Concept di Pameran Auto Antarabangsa Filipian (PIMS) 2024.

Model pengeluaran itu kini hadir sebagai SUV famili moden yang menggabungkan gaya premium, ruang fleksibel dan prestasi yang sesuai untuk keluarga muda dan aktif.

Mitsubishi Destinator 2026 | Filipina
Mitsubishi Destinator 2026 | Filipina

MMPC menyasarkan Mitsubishi Destinator sebagai ‘rakan perjalanan siap siaga’ untuk pengguna yang mahukan kemasan SUV, tetapi memerlukan praktikaliti sebuah MPV. Ringkasnya, Mitsubishi mahu menjadikan model itu pilihan utama untuk keluarga Filipina yang semakin berkembang dan sukakan aktiviti luar.

Rekabentuk: Gaya Seakan XForce, Aura SUV Serba Moden

Dari luar, Mitsubishi Destinator mengadaptasi wajah ala XForce, seperti rekabentuk Dynamic Shield, lampu LED, dan lampu siang (DRL) bergaya. Bahagian sisi menampilkan garis badan kemas dan moden, yang dipadankan rim 18 inci dwi-tona potongan mesin (machine-cut).

Bahagian belakang pula membawakan:

  • Spoiler bumbung
  • Lampu belakang bentuk T-shape
  • Bampar tebal imej lasak

Secara keseluruhan, Mitsubishi Destinator kelihatan seperti crossover tegap, tetapi elegan, seakan siap untuk dikerah ke mana sahaja. Model tersebut hadir dalam enam warna pilihan.

Dalaman: 7-Kerusi dengan Kabin Fleksibel, Teknologi Besar-Besaran

Mitsubishi Destinator 2026 | Filipina

Masuk ke ruang kabin, Destinator menawarkan konfigurasi 7-kerusi dengan ruang barangan dan tempat duduk serba fleksibel yang sesuai untuk gaya hidup keluarga masa kini.

Ciri dalaman utama seperti:

  • Kluster instrumen digital 8 inci, mirip Xpander/Xpander Cross baharu
  • Unit infotainmen 12.3 inci monolitik dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarles
  • Sistem audio Yamaha
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Mitsubishi Motors Safety Sensing dengan kamera keliling
  • Penulen udara NanoeX
  • Kotak konsol dengan fungsi penyejukan

Ini bukan lagi SUV asas, tetapu SUV famili dengan sentuhan premium yang ketara.

Enjin, Prestasi: 1.5L Turbo Berkuasa 160hp dengan Lima Mod Pandu

Mitsubishi Destinator 2026 | Filipina

Di bawah bonet, Mitsubishi Destinator dijana enjin 4B40 1.5L turbo dengan output kuasa 160hp, dan tork 250Nm, serta kuasa disalurkan melalui transmisi automatik CVT, manakala pemandu boleh memilih lima mod pemanduan: Normal, Wet, Gravel, Mud danTarmac (mod baharu)

Ini ialah SUV bandar yang bersedia untuk meredah pelbagai kondisi jalan.

Ciri Berteknologi: Pertama dengan Mitsubishi Connect

Mitsubishi Destinator debut bersama aplikasi Mitsubishi Connect, iaitu sistem kereta berhubung (Connected Car Services) pertama Mitsubishi di Filipina dengan fungsi:

  • Notifikasi keselamatan
  • Penjejakan kenderaan
  • Pemantauan status kereta
  • Akses aplikasi pintar

Mitsubishi akhirnya menyertai era kereta terhubung dengan penuh keyakinan.

Varian, Harga: 3 Pilihan, Harga Promosi Mula 1.289 Juta Peso

Mitsubishi Destinator 2026 | Filipina

Harga rasmi:

  • GLX Turbo CVT – 1.389 juta peso (RM97,660)
  • GLS Turbo CVT – 1.599 juta peso (RM112,445)
  • GT Turbo CVT – 1.929 juta peso (RM135,650)

Harga promosi pengenalan:

  • GLX Turbo CVT – 1.289 juta peso (RM90,645)
  • GLS Turbo CVT – 1.499 juta peso (RM105,410)
  • GT Turbo CVT – 1.799 juta peso (RM126,510)

Tempahan sebelum 31 Januari 2026 turut menerima aksesori eksklusif Mitsubishi Destinator Adventure Gear.

Selain itu, pembeli yang membuat tempahan ketika acara pelancaran (20-23 November di Ayala Malls Manila Bay) dan mendaftarkan kenderaan sebelum tarikh sama akan menikmati tambahan diskaun 5,000 peso (RM350). Semua varian hadir dengan waranti standard 3 tahun dan lanjutan 2 tahun.

Adakah Masuk Malaysia?

Mitsubishi Destinator 2026 muncul tepat pada masa di pasaran Asia Tenggara yang ketika ini banyak pengeluar saling bersakini berebut SUV 7-kerusi yang bergaya, fleksibel dan mampu milik.

Dengan teknologi besar, kabin premium, enjin turbo bertenaga, dan harga permulaan promosi kompetitif, Destinator berpotensi menjadi ‘model hero’ baharu untuk Mitsubishi di rantau ini.

Jika Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) berminat membawa masuk model tersebut, pasti menjadi pesaing rapat kepada Honda BR-V, Perodua Alza, Toyota Veloz dan Chery Tiggo 7 Pro.

Mitsubishi Destinator 2026 | Filipina
Mitsubishi Destinator 2026 | Filipina
Mitsubishi Destinator 2026 | Filipina
Mitsubishi Destinator 2026 | Filipina
Mitsubishi Destinator 2026 | Filipina
Mitsubishi Destinator 2026 | Filipina
Mitsubishi Destinator 2026 | Filipina

SUMBER: Carmudi.com.ph

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mitsubishi Destinator 2026 Mitsubishi Motors Philippines Corporation (MMPC) Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

30/04/2026
PHEV

#AutoChina2026: Jetour G700 Bakal Masuk Tahun Depan? Harga Anggaran RM250,000

29/04/2026
PHEV

#AutoChina2026: Jetour T2 di China Ada Versi Hibrid, Bakal Masuk Malaysia?

29/04/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz GLC Electric L dan CLA 260 L Lebih Panjang Untuk China

28/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

By Shazwan Hisam23/04/2026
Roda2

Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
MV Agusta F3 R 2026
Roda2

MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

By Abang Hirata22/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.