Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Mitos dan Fakta Tayar Nitrogen Kini Dibongkar
Autotainment

#TahukahAnda: Mitos dan Fakta Tayar Nitrogen Kini Dibongkar

Han OthmanBy Han Othman27/04/20198 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK tayar pneumatik dicipta, kita kebiasaannya mengepam tayar menggunakan angin (udara). Namun hari ini ada pihak mencadangkan penggunaan tayar nitrogen, kononnya untuk kesan lebih baik.

Menurut ‘mereka’ itu, mengepam menggunakan nitrogen mampu meningkatkan tahap ekonomi bahan api, jangka hayat tayar bertahan lebih lama dan dapat mengelak masalah oksidasi (karat) yang memendekkan usia tayar. Malah, pemilik kereta cepat terpegun dengan fakta yang menyatakan tayar nitrogen digunakan kereta-kereta lumba, pesawat udara dan kenderaan komersil berat.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Tayar Belakang Lebih Besar Boleh Tambah Top Speed?

Lagipun, bukanlah mahal sangat nitrogen yang mahu diisi tersebut. Lebih kurang sama harga dengan sekotak rokok sahaja. Sudahnya, duit keluar melayang ke tangan tuan kedai. Persoalannya, benarkah tayar nitrogen benar-benar bermanfaat ?

NITROGEN KURANGKAN KEPANASAN?

Ciri-ciri nitrogen ialah sejenis gas yang tiada warna, bau dan rasa serta bersifat bukan toksik. Nitrogen juga membentuk 78 peratus kandungan atmosfera.

Benar, nitrogen dapat mengurangkan sedikit tahap suhu panas ketika tayar bergerak. Bagaimanapun, ia turut berpunca daripada lembapan dalam kandungan gas yang dipam. Seperkara lagi, nitrogen hanya betul-betul berguna ketika tayar bergerak pada beban atau kelajuan maksimum dan tidak banyak memberikan kesan ajaib pada tayar kereta biasa yang dipandu rata-rata pemandu kita.

Dalam erti kata lain, suhu operasi masih lagi menjadi faktor utama yang menyebabkan tayar kereta cepat haus. Logiknya, suhu yang rendah akan meningkatkan jangka hayat tayar. Tayar kereta di negara beriklim sejuk lebih tahan lama berbanding pemilik kereta di negara panas seperti Malaysia.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tanda Awal Tayar Motor Bocor Tertusuk Paku, dan Apa Perlu Dilakukan

Jadi, sangat tidak munasabah apabila ada seseorang mendakwa tayar anda dapat panjang usia sedangkan anda hanyalah pemandu normal yang setiap hari berulang-alik ke tempat kerja dan sekali-sekala bercuti atau balik kampung.

but-bola-lusuh
Situasinya begini. Bayangkan sepasang but bola berjenama sama yang dipakai anda (yang cuma menendang bola seminggu sekali atau kurang) dan pemain bola sepak profesional (katakan Cristiano Ronaldo) yang bermain setiap hari.

Sudah tentu but Ronaldo lebih cepat lusuh atau rosak berbanding but anda yang jarang bermain. Dan anda pasti ketawa jika ada si polan muncul mahu menjual sejenis ‘ubat’ yang katanya mampu memanjangkan hayat but. Sebabnya mudah, anda tahu bukan ubat itu yang menjadi punca but anda tahan lama. Tetapi, kekerapan anda menendang bola dengan but itu. Itulah yang dinamakan suhu operasi. Faham?

NITROGEN UNTUK KERETA LUMBA

speedometer-pandulajudotcomdotmy
Seperti kita sedia maklum, tekanan tayar sepatutnya diperiksa ketika tayar sejuk kerana tekanan dalam tayar meningkat dalam keadaan panas. Tidak hairanlah mengapa pelumba ada sesi khas untuk memanaskan tayar kereta mereka.

Nitrogen didapati mampu menstabilkan julat tekanan ketika suhu tayar meningkat. Bagaimanapun, ia tetap banyak bergantung kepada kandungan lembapan sekeliling dan dalam tayar berbanding penggunaan gas itu sendiri. Faktanya, kesan nitrogen dalam tayar yang benar-benar bermanfaat ialah ketika memandu dalam situasi menampung beban berat atau memecut dalam kelajuan maksimum. Itu sahaja.

Ini kerana tayar dan tiub bersifat poros yang membolehkan udara menembus keluar walaupun tidak bocor atau pancit. Berdasarkan struktur kimia, nitrogen lebih perlahan keluar berbanding udara termampat. Jadi, kehilangan tekanan lebih perlahan.

Namun, beberapa ujian independen menunjukkan tayar yang dipam 30psi mengalami kehilangan tekanan dalam purata 3.5psi selepas lebih 12 bulan, manakala tayar nitrogen hilang tekanan dalam purata 2.2psi. Kedua-dua data diperoleh mendedahkan perbezaan dapatan yang tidak terlalu ketara. Tayar nitrogen cuma tiga peratus lebih baik!

Kehadiran lembapan dan oksigen dalam udara yang dipam boleh menyebabkan oksidasi (karat) ke atas komponen besi. Udara juga bertindak balas dengan getah tayar itu sendiri walaupun belum ada bukti yang menyebabkan kesan buruk yang menjejaskan jangka hayat tayar.

LEBIH KERING, PEMANDUAN TERBAIK

f1-pandulajudotcomdotmy
tayar-lori-pandulajudotcomdotmy

Sebaliknya, nitrogen ialah gas lengai (inert) dan kering. Jadi secara teori, masalah tindak balas dengan roda atau tayar sepatutnya diatasi. Tetapi, fakta menyatakan anda mesti membuang semua udara dalam tayar dan mengepam dengan nitrogen. Ia sesuatu yang sukar dilakukan!

Sesetengah orang mendakwa tayar nitrogen memberikan kualiti pemanduan lebih baik. Malangnya secara saintifik, tiada alasan logikal mengapa udara dan nitrogen berkelakuan berbeza pada tekanan operasi normal dan suhu panas.

Anda juga masih perlu mengepam tayar jika diperlukan. walaupun sudah membayar sekitar RM10-15 untuk mengisi nitrogen.  Tetapi, mengepam semula tayar menggunakan tekanan udara biasa hanya menjejaskan kualiti nitrogen di dalamnya.

BACA >>> #Videotomotif: Mungkin Inilah Masa Katakan Selamat Tinggal Kepada Tayar Pancit

Anda perlu mencari mana-mana bengkel tayar yang menyediakan isian nitrogen dengan mengempiskan sepenuhnya tayar dan mengepam semula. Bagi mendapatkan 95 peratus kandungan nitrogen (rekomendasi paras isian tayar ialah 93 peratus), tayar perlu betul-betul kempis dan nitrogen perlu dipam tiga kali sahaja untuk mengelak bercampur dengan udara biasa. Kebiasaannya, jarang kita dapat lihat proses mengepam nitrogen dibuat setepat tiga kali pam, selalunya lebih.

MANFAAT SEBENAR NITROGEN

aircraft-landing-pandulajudotcomdotmy
trak-lebih-beban-pandulajudotcomdotmy

Nitrogen digunakan untuk beberapa tayar pesawat udara, terutama pesawat yang terbang pada altitud tinggi. Ini kerana tayar perlu menampung beban pesawat yang turun mendarat dan berlepas pada kelajuan tinggi, sekali gus mengurangkan risiko tayar meletup pada altitud tinggi.

Ini bermakna, anda mungkin perlu mengepam tayar menggunakan nitrogen jika memandu pada ketinggian 10,000 meter dari paras laut. Nitrogen juga kadangkala digunakan oleh kenderaan yang beroperasi di kawasan berbahaya seperti lombong besi bagi mengurangkan risiko terbakar kerana oksigen ialah gas yang mampu mencetuskan kebakaran, tetapi tidak nitrogen. Ini termasuk kenderaan off-road yang menggunakan tayar nitrogen apabila perlu bekerja membawa beban maksimum dan di bawah tekanan ekstrem.

BACA >>> Blogger UK Ini Terus Insaf Selepas Buat Simulasi Pandu Uji Kereta Tayar Botak

Kesimpulannya, mengisi tayar nitrogen cuma memberikan sedikit kelebihan dan hampir tiada manfaat yang signifikan. Sebaliknya, menyenggara tayar dan memantau tekanan tayar secara berkala adalah lebih baik untuk menjaga kesihatan dan jangka hayat tayar tanpa perlu mengeluarkan sesen pun.

autotainment faedah nitrogen pam angin pam tayar tayar nitrogen tekanan tayar tukar tiub
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026

8 Comments

  1. pokmat on 02/01/2017 12:23

    Dkt senawang ni ade kedai tayar org kita bagi free je ni isi nitrogen ni.
    Pergi la sane…

    Isi nitrogen kat kancil dah rase mcm naik perari dah….haha

    Reply
    • amir on 19/08/2018 04:31

      kt mna tu..

      Reply
    • ahmad on 29/01/2019 09:44

      aar kat mana jangan sembang je

      Reply
  2. MOHD NOOR BIN MAHMUD on 06/02/2019 14:17

    Saya menggunakan nitrogen untuk isian angin tayar bagi motosikal Yamaha Xmax 250. Berulangalik gunakan motosikal dengan jarak 100km.
    Soalannya, adakah nitrogen boleh bertindakbalas dengan udara sekeliling apabila tayar bocor? Ini berlaku kepada saya apabila suhu tayar meningkat dan sangat panas seperti pegang ekzos dan tayar seakan mencair. Saya terpaksa simbah air agar tayar sejuk. Selepas itu, saya teruskan perjalanan, sampai di pejabat, tayar pancit.

    Persoalan ini telah diajukan kepada mekanik tetapi tiada jawapan. Mungkin CARETA dapat mengupas persoalan ini.

    Terima Kasih.

    Reply
    • MJ on 06/06/2019 21:47

      Nitrogen tak react dengan atmosphere.. masa pancit kalau jalan jugak permukaan dalam tayar belah bawah bergesel dengan rim. Tu sebab panas

      Reply
  3. VASSAH on 29/01/2022 18:24

    Apa akan jadi kalau angin nitrogen bercampur dengan angin biasa,adakah angin nitrogen dapat jimatkqn minyak .

    Reply
    • AO on 21/02/2022 00:30

      Tak

      Reply
  4. KITT on 11/03/2025 15:01

    Ni rekod gas nitrogen aku guna :

    Tarikh Pasang : 22 Mei 2024
    Mileage : 288471km
    Usia tayar : 2018
    Spec : 205 / 55 / 16
    Condition : 2nd hand . bunga dah takde
    harga : RM 60
    Brand : Continential UC6
    valve Tayar : besi
    Position : belah kanan belakang.
    Model Kereta : mercedes C200
    Tahun : 1996

    Condition tayar tu mmg bunga dah takde.
    aku bubuh nitrogen valve tukar besi.
    masuk plus highway 140km/h
    ambik selekoh 80kmh takde brake brake.
    aku dah test kat Pagoh & Bukit Putus kuala Pilah.
    alhamdulillah. ambil selekoh ok.

    tapi hari ini : March 11 2025
    Mileage : 302663km
    aku tukar jugak tayar tu. bukan sebab pancit atau pecah
    sebab bila jalan basah / hydroplanning tak lepas.
    Bunga kedua dah takde. kereta goyang kiri kanan.
    dah macam ular berjalan.

    So nitrogen ni mmg betul betul jaga tayar.
    lagi lagi tayar kereta korang dah lama.
    Kalau korang guna vios , saga , bezza jangan gatal tangan
    beli tayar takde bunga. kereta aku takpe. sebab body berat.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.