Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MIROS: Motosikal Memang Tak Boleh Guna Lorong Kecemasan, Tapi….
Auto Terkini

MIROS: Motosikal Memang Tak Boleh Guna Lorong Kecemasan, Tapi….

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM ini tular satu video membabitkan kereta Toyota Camry mengubah haluan dari laluan kiri ke lorong kecemasan untuk memotong kenderaan di depan. Tindakan pemandu itu membuatkan penunggang motosikal di belakangnya terpaksa mengelak lalu terbabas dan terjatuh di Kilometer 56 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Berdasarkan video tersebut tentunya kesalahan tertumpu kepada pemandu Camry tersebut kerana menggunakan lorong kecemasan untuk memotong, tetapi bagaimanakah pula penunggang motosikal?

Seperti kita tahu lorong kecemasan digunakan untuk hal kecemasan sahaja dan semua tahu ia menjadi laluan penunggang motosikal.

Bagaimanapun, menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), lebih selamat (motosikal kecil), terutama apabila tiada lorong motosikal disediakan, berada di tengah laluan dengan kenderaan lebih besar.

Dr Khairil Anwar Abu Kassim

Ketua Pengarah MIROS, Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata, penunggang motosikal menggunakan lorong kecemasan adalah menyalahi undang-undang jalan raya, tetapi dalam situasi tertentu, mereka wajar diberi kelonggaran terutama dalam isu mengenai keselamatan.

Beliau berkata;

Menurut undang-undang, memang jadi kesalahan sekiranya lorong kecemasan digunakan mana-mana kenderaan termasuk motosikal dan boleh dikenakan tindakan. Namun, dalam konteks keselamatan lebih baik memisahkan kenderaan lain lebih besar seperti kereta atau kenderaan berat yang berada di laluan sama dengan motosikal.

Justeru penunggang motosikal digalakkan menunggang sebelah kiri laluan dan jika ada keperluan, mereka boleh menggunakan lorong kecemasan namun perkara itu masih di peringkat perbincangan. Membenarkan motosikal menggunakan lorong kecemasan boleh dianggap sebagai penyelesaian.

Sementara dalam situasi tertentu, contoh di lebuh raya yang mengalami kesesakan trafik, namun penunggang motosikal tidak sepatutnya menganggap laluan kecemasan itu adalah milik mereka. Kita masih meneliti perkara ini kerana masih wujud risiko lain seperti kemalangan membabitkan penunggang motosikal dengan kenderaan rosak yang berhenti di lorong kecemasan.”

Kredit Foto: Harian Metro
pemandu perodua myvi biadap

Khairil Anwar berkata lagi, penunggang motosikal juga harus mematuhi undang-undang yang sudah termaktub bahawa tiada kenderaan boleh menggunakan lorong kecemasan dan sekiranya ada keperluan untuk menggunakan lorong kecemasan, mereka perlu menggunakannya secara berhemah.

BACA >>> Kemalangan LDP: Siapa Cakap Penunggang Motosikal Tidak Boleh Guna Lorong Kanan?
BACA >>> Penyamun Berleluasa, Motor Simpan dalam Rumah Berpagar, Ada 'Jaga' Pun Tak Selamat

SUMBER: Bharian

Auto Terkini cara membrek motosikal guna lorong kecemasan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) kemalangan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.