Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mini EV X2 Masih Tiada VTA, Tidak Sah Pandu Atas Jalan Raya Awam
Roda4

Mini EV X2 Masih Tiada VTA, Tidak Sah Pandu Atas Jalan Raya Awam

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA mengenai Mini EV X2 mula tular sejak awal Mei lalu yang dikongsi ribuan warga maya kerana produk kereta bandar elektrik (EV) itu menawarkan harga sangat murah, cuma RM13,800 sahaja (harga asal RM18,800).

Bagaimanapun, selepas memeriksa dengan pihak berkuasa, kami difahamkan pengedar Mini EV X2 belum lagi menghantar sebarang pemohonan untuk mendapatkan kelulusan Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA). Jadi, apa yang perlu anda faham, model itu tidak sah dipandu atas jalan.

Jadi, kereta EV itu cuma boleh dipandu dalam kawasan yang tidak digazetkan sebagai jalan raya awam seperti taman perumahan, kampung atau dijadikan kenderaan dusun.

BACA >>> Motosikal Elektrik 3-Roda Berbumbung Tidak Lulus JPJ
BACA >>> 5 Soal-Jawab Utama Tentang Kereta Elektrik (EV) yang Perlu Anda Tahu

HATI-HATI DENGAN PROMOSI TULAR

Beberapa hari selepas berita mengenai kereta EV itu tular, laman Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police memuat naik status amaran yang mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kemungkinan iklan berunsur penipuan.

Bagaimanapun, paling terbaharu, iaitu seminggu lalu, laman produk kecantikan Facebook Dolovmi Malaysia memuat naik status terbaharu yang mendakwa sudahpun membeli model tersebut dengan kapsyen yang diterjemahkan sebagai;

Ramai cakap kereta ini palsu, tapi kami sudah dapat ~ Haha
Sangat comel…  Sesuai untuk bos wanita, kereta kecil.”

Namun, jika kita perhatikan dengan teliti, imej dimuat naik itu adalah versi pemanduan sebelah kiri (LHD) dan tiada pelekat cukai jalan pada cermin depan. Malah, jelas kereta tersebut masih lagi menggunakan nombor pendaftaran China.

Mungkin itu salah satu strategi pemasaran penjual untuk mempromosikan produk. Hati-hati!

TIDAK BOLEH GUNA AP IMPORT, MASIH PERLU JALANI VTA!

Persoalannya, adakah model itu sah digunakan atas jalan?  Jika bukan penipuan, berbaloi atau tidak membelinya? Ini jawapan yang boleh kami berikan. Sila fikir sedalamnya kerana keputusan dan kesan di tangan anda.

1. Pengimport Mini EV X2 masih belum hantar sebarang pemohonan VTA. Jadi model itu tidak didaftarkan.

2. Ada cara kedua boleh digunakan, iaitu tukar status Mini EV X2 kepada kereta terpakai (used) dengan menggunakan AP import terpakai. Jadi apabila menggunakan status import terpakai, kami dimaklumkan kenderaan kategori itu tidak diwajibkan menjalani ujian VTA.

Cuma perlu pemeriksaan khas awalan Puspakom. Seandainya lulus Puspakom, adakah model ini boleh dipandu atas jalan raya? Sabar duluuu….

3. Isunya, jika kod pembuatan tidak wujud atau tidak pernah didaftarkan dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahagian VTA, pengedar tetap kena hantar pemohonan VTA dahulu. Dalam bahasa mudah, status AP import terpakai tidak sah tidak sah. Check mate!

4. Jadi, mana-mana pemilik yang sudah terbeli Mini EV X2, anda hanya boleh memandu model tersebut untuk kegunaan dalam kilang atau taman perumahan saja. Kalau ditahan polis atau JPJ atas jalan raya awam, anda boleh dikompaun dan kereta EV itu boleh disita,

BACA >>> Hanya Ada MINI Elektrik 10 Tahun Lagi, dan Kembali Semula ke Saiz Kecil?
BACA >>> #TahukahAnda: Ke Mana Pergi Bateri Kereta Hibrid, Elektrik Selepas Luput Guna?

TIDAK DIKETAHUI STATUS MINI EV X2

Tanpa pendaftaran VTA, status sesebuah kenderaan adalah tergantung, sama ada itu model baharu, import terpakai, persendirian atau lain-lain. Malah, status AP juga ada banyak jenis seperti AP pelajar, kedutaan, komersil, klasik dan lain-lain.

Perlu dijelaskan juga, urusan AP berada di bawah kawalan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Sekiranya dapat kebenaran MITI, kami difahamkan JPJ tiada kuasa untuk menyekat kemasukan produk tersebut. Apabila sudah dibawa masuk dan layak didaftarkan, maka ia akan didaftarkan JPJ dan begitulah sebaliknya.

Mengenai Mini EV X2 pula, memang tiada masalah jika hanya mahu memandu masuk parkir rumah. Namun jika dipandu keluar ke jalan raya, ia melibatkan hal undang-undang seperti lesen, cukai jalan dan spesifikasi kategori.

Tahukah anda, di Malaysia, bahagian motosikal pun ada kategori empat roda? Contohnya, Renault Twizy. Jika di bawah Kesatuan Eropah (EU), model itu dikategorikan sebagai motosikal. Di Malaysia, produk itu diluluskan melalui kategori motosikal standard dan didaftarkan sebagai kereta. Namun, Twizy hanya boleh didaftarkan sebagai kenderaan syarikat sahaja.

Mini EV X2 ini pula masih belum diketahui statusnya. Sudah pasti ia tidak sah dipandu atas jalan!

MAKLUMAT RINGKAS EV X2

Mini EV X2 dikatakan mampu dipandu sejauh 120km dengan isian bateri penuh yang boleh dicas menggunakan soket kuasa domestik saja. Tempoh mengecas bateri penuh mengambil masa lapan jam, dan 80 peratus isian dalam tempoh lima jam. Menariknya model itu menggunakan pacuan roda belakang (RWD) dan dilengkapi brek cakera di depan dan belakang.

Ciri lain ialah kluster instrumen digital, lampu depan LED automatik, skrin sentuh 9 inci, kamera undur dan ruang kargo 850 liter. Model EV juga mampu memecut hingga 80kmj, manakala pecutan 0-50kmj sepantas 25 saat.

Kalau Mini EV X2 itu diyakini selamat dan sah menepati regulasi kenderaan Malaysia, kenapa pengeluar kereta EV itu tidak mahu mendaftar VTA?

BACA >>> Polestar Buka Kilang Pemasangan Kereta Elektrik Premium di China

Auto Terkini autoterkini Dolovmi Malaysia Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik Kereta kompak Mini EV X2 Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) VTA
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

    10/06/2026
    Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
    Auto Terkini

    Konflik Asia Barat Lonjak Bil Subsidi Bahan Api Malaysia Kepada RM7.5 Bilion Pada April

    10/06/2026
    Auto Terkini

    Indonesia Naikkan Harga Petrol Pertamax RON92 Kepada RM3.64 Seliter Mulai Hari Ini

    10/06/2026
    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.