Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Michelin Pilot Road 6 – Tayar Sport-Touring Terbaik untuk Semua Permukaan Jalan
Aksesori

Michelin Pilot Road 6 – Tayar Sport-Touring Terbaik untuk Semua Permukaan Jalan

WahidBy Wahid18/01/20221 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAYAR yang baik mampu meningkatkan aspek pengendalian sesebuah motosikal. Ia sepatutnya bukan hanya dari segi cengkaman atas permukaan jalan kering, tetapi juga harus juga cekap di jalan basah, dan selesa ditunggang selain menawarkan ketahanan bunga tayar.

Hanya beberapa jenama tayar di pasaran mampu mencapai semua kualiti itu dan salah satunya Michelin Pilot Road 5 yang diperkenalkan pada 2018. Bagi 2022 pula, Michelin Pilot Road 6 pula diperkenalkan yang dihasilkan untuk meningkatkan lagi prestasi tayar sport-touring tersebut.

BACA >>> Michelin Bekalkan Tayar MotoGP Hingga 2026, Wajarkah Dikritik?

Sebelum kita huraian selanjutnya, tayar jenis sport-touring yang baik ketika ini sebenarnya menawarkan prestasi cengkaman lebih baik berbanding tayar sport berbanding lima hingga 10 tahun lalu.

Prestasi cengkaman adalah melibatkan tunggangan atas permukaan jalan kering dan basah. Malah ada tayar sport-touring yang boleh digunakan di trek. Berbandingkan tayar sport, tayar itu hanya lebih baik atas jalan kering dan kurang mencengkam ketika cuaca hujan. Justeru, tayar sport-touring adalah pilihan terbaik untuk kegunaan menyeluruh.

BACA >>> Zongshen Cyclone RG3 (2021) – Sport Touring 400cc dengan Gaya Abang Besar

Mengenai Michelin Pilot Road 6, tayar ini memberikan hingga 15 peratus lebih banyak cengkaman ketika hujan berbanding Pilot Road 5. Pada masa sama, ia mampu bertahan 10 peratus lebih lama. Ini di luar karakter tipikal sesuatu tayar yang biasanya lebih cepat haus jika menawarkan prestasi cengkaman terbaik.

Michelin melepasi masalah itu menerusi penggunaan kompaun dan corak bunga baharu dinamakan Evergrip Technology, iaitu menggunakan nisbah lurah kepada kompaun tidak bercorak yang dioptimumkan.

Badan (carcass) tayar juga dipertingka dengan Teknologi Ketumpatan Diperkukuh (Amplified Density Technology).

BACA >>> Michelin Bakal Hasilkan Tayar Guna Sisa Botol Plastik

Menurut Michelin, Michelin Pilot Road 6 menggunakan kompaun lebih tumpat untuk memberikan fiil lebih baik buat penunggang. Bahagian depan tayar itu juga buat julung kali menggunakan teknologi dwi-kompaun+ Dual-Compound Technology+ (2CT+).

Ada enam saiz depan dan lapan saiz belakang, manakala barisan GT mempunyai satu saiz depan dan tiga saiz belakang, dikhaskan untuk sport-touring berat seperti BMW R 1250 RT, BMW K 1600, Honda Gold Wing, Kawasaki 1400GTR, dan Vulcan 1700 Voyager serta seumpamanya.

Sebagai makluman, tayar jenis GT tidak sesuai digunakan motosikal sport-touring ringan seperti Yamaha Tracer 9 GT walaupun ada nama GT pada namanya.

Nama GT untuk motosikal tidak lagi menandakan model itu menggunakan tayar GT, kecuali jika disyorkan pengeluar motosikal dan tayar. Ini kerana ada beberapa pemilik motosikal ringan mendakwa pernah disyorkan menggunakan. Jadi, berwaspadalah dan jangan tertipu!

BACA >>> Honda GL1800 Gold Wing (2020) Kini di Malaysia, Harga RM209k

aksesori Michelin Michelin Pilot Road 6 Michelin Road 6 roda2 tayar motosikal Tayar Sport-Touring
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Burn on 19/09/2022 14:12

      Is it suitable for versys 1000 with michelin pilot road 6?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.