Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Michelin Malaysia Perkenal Michelin Primacy 5 Baharu dengan Inovasi Prestasi Dipertingkat
Aksesori

Michelin Malaysia Perkenal Michelin Primacy 5 Baharu dengan Inovasi Prestasi Dipertingkat

SyafieBy Syafie10/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MICHELIN melancarkan tayar untuk kenderaan penumpang dan kenderaan utiliti sukan (SUV), Michelin Primacy 5 dengan slogan ‘Confidence Made to Last’ (Keyakinan yang Berkekalan).

Model ini dipertingkat daripada Michelin Primacy 4 dengan inovasi prestasi lebih baik dan impak alam sekitar lebih rendah.

Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei, Prichapakorn Dangrojana berkata, Michelin Primacy 5 dihasilkanuntuk memenuhi keperluan kenderaan moden seperti hibrid dan elektrik yang memberi tekanan lebih tinggi terhadap tayar.

“Tayar ini menawarkan jangka hayat lebih panjang dan rintangan gelinciran rendah, sambil memastikan keselamatan berterusan di jalan basah,” katanya.

Michelin Primacy 5 menawarkan beberapa kelebihan seperti:

  • Keselesaan Pemanduan Premium: Teknologi Michelin Silent Rib Gen-3 mengurangkan bunyi dan gegaran, memberikan pemanduan yang lebih selesa dan senyap.
  • Ketahanan Luar Biasa: Memberikan 24 peratus jarak perjalanan lebih jauh berbanding jenama premium lain, dengan peningkatan 10 peratus nisbah lowong (void ratio) dan alur sisi dioptimum untuk cengkaman lebih lama atas jalan basah.
  • Keselamatan di Jalan Basah: Prestasi brek lebih baik dengan jarak brek 8 peratus lebih pendek ketika baru dan 13 peratus lebih pendek apabila haus.
  • Keserasian dengan Kenderaan Elektrik (EV): Rintangan gelinciran lebih rendah sebanyak 13% untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan jangka hayat bateri.

Tayar ini lebih mesra alam dengan peningkatan jangka hayat 18 peratus dan pengurangan kesan alam sekitar 6 peratus, seiring strategi Michelin Group, iaitu ‘Semua Mampan’ (All Sustainable).

Michelin Primacy 5 tersedia dalam 25 saiz, daripada 16 hingga 19 inci pada harga bermula RM477 hingga RM1,026 di semua pengedar sah Michelin seluruh Malaysia.

Terdapat juga peluang memenangi Tesla Model Y 2025 facelift dengan pembelian tayar Michelin bermula 6 Januari hingga 9 April 2025. Layari laman web rasmi Michelin untuk terma dan syarat penuh.

aksesori Auto Terkini Michelin Malaysia Michelin Primacy 5
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    07/07/2026
    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    By Syafie07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.