Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mercedes-Benz S600 Mana Satu yang Ditolak Anwar Ibrahim?
Auto Terkini

Mercedes-Benz S600 Mana Satu yang Ditolak Anwar Ibrahim?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES S600 menjadi sebutan ramai selepas Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan menolak menggunakan kereta mewah buatan Jerman itu sebagai kenderaan peribadi.

Suasana jadi lebih menarik apabila akhbar Berita Harian mendakwa Mercedes S600 itu mungkin merujuk kepada model Mercedes-Benz S600 versi Limo dengan harga mencecah RM2.3 juta!

BACA >>> Toyota Camry 2.5V (2022) Facelift dengan Kuasa 206hp Kini di Malaysia, Harga RM199k

Portal automotif Paultan pula berpendapat Mercedes S600 itu mungkin juga Mercedes-Benz S580e (2022) (foto atas), iaitu model hibrid plug-in (HEV) versi pemasangan tempatan (CKD) yang berharga RM708,888. Sebabnya, Mercedes S600 itu dikatakan tidak lagi wujud.

Menurut Berita Harian, Mercedes S600 itu dicadangkan ketika pentadbiran mantan Perdana Menteri terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diluluskan Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Soalannya, mungkinkah Anwar lebih selesa menggunakan Toyota Camry seperti dikempenkan laman sosial seperti Facebook Carlist.my?

Anwar juga mendakwa tempahan Mercedes S600 yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini sempat dibatalkan. Beliau berkata, pihaknya sudah membuat semakan terperinci dan mendapati tempahan kereta mewah itu boleh dibatalkan.

Beliau berkata;

Kereta Mercedes tak sampai… Saya pakai kereta ini (Toyota Camry) okay kan? Mana-mana kereta yang ada.”

Berikut perincian tiga model Mercedes-Benz yang disebut di atas:

Mercedes-Benz S600

  • Enjin 6.0L Biturbo V12 berkuasa 530hp dan tork 83Nm
  • Transmisi automatik 7G-Tronic Plus 7-kelajuan
  • Harga lebih RM1.3 juta
Mercedes-Maybach S600 Guard

  • Enjin 6.0L Biturbo V12 berkuasa 530hp dan tork 830Nm
  • Pecutan 0-100 kmj sepantas 4.7 saat
  • Memiliki tahap perlindungan balistik atau kalis peluru tertinggi VR10
  • Harga RM2.3 juta
Mercedes-Benz S580e Plug-In Hybrid

  • Trenkuasa 6-silinder 3.0L pengecas turbo berkuasa 361hp dan tork 500Nm
  • Motor elektrik menghasilkan kuasa 148hp dan 440Nm
  • Kombinasi kuasa enjin petrol dan motor elektrik menghasilkan kuasa 503hp dan tork 750Nm
  • Transmisi automatik 9G-Tronic 9-kelajuan
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 5.2 saat
  • Harga RM708,888

BACA >>> Toyota Camry 2.5V – Sedan Seisi Keluarga Tawar Perlindungan Terbaik Sepanjang Perjalanan
BACA >>> Mercedes-Maybach S-Class 580 (2022) Tiba di Malaysia, Harga RM1.9j!
BACA >>> Limosin Mewah Mercedes S 580 e (2022) Kini di Malaysia, Harga Masih Tanda Tanya
BACA >>> Proton Perdana Tun M: Sepatutnya Dipulangkan Selepas R&D Kereta Elektrik, Tapi…

Anwar Ibrahim Auto Terkini Kereta PM Mercedes S600 Perdana Menteri Malaysia ke-10 Toyota Camry
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.