Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mercedes-Benz Perkenal Ciri Tukar Lorong Automatik (ALC)
Auto Terkini

Mercedes-Benz Perkenal Ciri Tukar Lorong Automatik (ALC)

Abang HirataBy Abang Hirata20/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA fungsi canggih dalam Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) ialah Tukar Lorong Automatik (ALC).

Ada dua jenis ALC ditawarkan, iaitu pertama, beri amaran sekiranya tidak selamat untuk menukar laluan atau memotong. Kedua, berfungsi aktif dengan stereng, terotel dan brek dioperasikan automatik untuk menukar laluan. Jadi, pemandu hanya perlu menghidupkan lampu signal belok (bergantung situasi).

Disebabkan teknologi sekarang pada Tahap 2, sistem itu masih memerlukan campur tangan manusia untuk memegang stereng dan operasi lain.

Terbaharu Mercedes-Benz menawarkan fungsi ALC dalam Pakej Driving Assistance Plus untuk 33 negara Eropah. Sebanyak 15 model disenarai untuk ciri ALC, iaitu C-Class, E-Class, S-Class, GLC, CLE, EQE, EQS, EQS SUV dan EQE SUV.

Ciri tersebut terbuka kepada sekitar 200,000 model Mercedes-Benz yang sudah diserahkan kepada pelanggan di Eropah.

ALC juga boleh dipasang berperingkat bermula September ini menerusi kemas kini atas talian (OTA) untuk semua model dalam siri E-Class (214), termasuk CLE Coupé dan Cabriolet.

Model lain seperti C‑Class, S‑Class, GLC, EQE dan EQS turut tersenarai dan pelanggan akan dimaklumkan mengenai ketersediaan sistem berkenaan mengikut lokasi. Cara kemas kini adalah melalui sistem infotainment MBUX, atau aplikasi Mercedes me.

ALC adalah tambahan kepada lebih 40 sistem bantuan pemanduan yang disediakan Mercedes-Benz. Ciri ini membolehkan kereta menukar lorong secara automatik di lebuh raya apabila sistem Active Distance Assist DISTRONIC diaktifkan untuk memotong kenderaan yang lebih perlahan atau mengikuti laluan untuk keluar pada susur berikutnya.

Tawaran untuk Eropah itu adalah susulan pengenalan di Amerika Utara pada 2023. Malah, pengguna di China juga boleh menggunakannya dengan ciri dibangunkan Mercedes-Benz China.

Sistem ADAS tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya kerana terdapat ujian dan peraturan yang perlu dipatuhi. Ini kerana sesuatu sistem perlu disesuaikan mengikut situasi trafik setempat dan keperluan undang-undang yang mana ada perbezaan walaupun menggunakan istilah sama.

Ciri ALC Mercedes-Benz

  • Mudah dan intuitif untuk digunakan.
  • Pemandu menetapkan kelajuan dalam sistem Active Distance Assist DISTRONIC.
  • Sistem Bantuan Stereng Aktif yang diaktifkan automatik menguruskan penukaran lorong automatik.
  • Sistem berada pada ADAS Tahap 2 yang memerlukan campur tangan pemandu.
  • Sensor radar dan kamera sentiasa mengawasi sekeliling kereta untuk memotong kereta yang perlahan di lebuh raya sebelum kembali semula ke lorong asal.
  • Sistem juga boleh menukar lorong secara automatik untuk susur keluar apabila ciri panduan laluan itu diaktifkan.
  • Berfungsi pada halaju 80-140kmj (di Eropah).

Syarat Kegunaan

  • Sistem navigasi perlu memastikan kereta berada di lebuh raya bersesuaian. Misalnya lebuh raya dengan dua lorong berasingan.
  • Tanda lorong mesti dapat dikesan kamera kereta dengan ada ruang mencukupi.
  • Pemandu kekal bertangggungjawab terhadap pemanduan sepanjang masa (Tahap 2).
ADAS Automatic Lane Change Mercedes-benz Mercedes-Benz Automatic Lane Change Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tukar Lorong Automatik (ALC)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    13/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.