Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes-AMG GT Black Series Catat Masa AWD Terpantas di Nürburgring
Roda4

Mercedes-AMG GT Black Series Catat Masa AWD Terpantas di Nürburgring

Abang HirataBy Abang Hirata19/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NÜRBURGRING-Nordschleife ialah litar yang mampu menaikkan jenama automotif. Tidak kira sama ada kereta itu berjenama Honda, Lexus, Renault atau Hyundai, kejayaan mencatatkan masa terpantas di litar tersebut berupaya membangkitkan aura dan kehebatan sesebuah model.

Rekod catatan masa pula dibahagikan mengikut kategori. Contohnya, Honda Civic Type R dan Renault Megane RS berada dalam kategori kereta pacuan roda depan (FWD). Ini tidak sesuai untuk Mercedes-AMG A45S kerana model itu jenis pacuan semua roda (AWD) walaupun memiliki gaya badan hatchback.

BACA >>> Megane RS Trophy-R Sekali Lagi Cipta Rekod FWD Terpantas, Kali Ini di Trek Suzuka!

Bagaimanakah pula kereta pengeluaran paling pantas di Nürburgring? Sebenarnya ada catatan terbaharu direkodkan pengeluar Jerman di litar tersebut.

Mercedes-AMG GT Black Series ialah kereta pengeluaran terpantas di Nürburgring dan rekod itu dicatatkan pelumba GT3, Maro Engel.  Berikut beberaspa fakta mengenai jentera dan rekod dicatatkan coupe prestasi itu:

Masa
  • 6:43,616 minit di litar, jarak 20.6km diukur tanpa laluan lurus di bahagian T13).
  • 6:48,047 minit di litar, jarak 20.832km (termasuk laluan lurus di bahagian T13).
Kategori
  • Kereta sport yang sah dipandu atas jalan raya, ada kelengkapan standard, tanpa ubah suai.
Trenkuasa dan Pacuan
  • Enjin AMG 4.0L V8 petrol.
  • Kuasa 728hp @ 6,700-6,900rpm, tork 800Nm @ 2,000-6,000rpm.
  • Transmisi dual-klac AMG Speedshift DCT 7G.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.2 saat.
  • Kelajuan maksimum 325kmj.
Talaan dan Ubah Suai Dilakukan Mercedes-AMG GT Black Series
  • Spliter gentian karbon dilaraskan pada posisi Race.
  • Bilah bawah dan atas spoiler belakang dilaraskan pada posisi tengah.
  • Suspensi diturunkan 5mm (depan) dan 3mm (belakang) untuk tambahan kesan venturi pada difuser depan.
  • Kamber dilaraskan tahap maksimum, -3.8º di depan dan -3.0º (belakang).
  • Bar anti -leng dilaraskan pada tetapan paling keras.
  • Kawalan traksi antara posisi enam dan tujuh bergantung kepada seksyen litar. Ada sembilan posisi kawalan traksi AMG.
Tayar dan brek
  • Menggunakan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 R MO dengan kompaun lembut. Tayar standard dibangunkan dengan kerjasama Michelin.
  • Dpasangan sistem brek AMG seramik, komposit berprestasi tinggi.
Perlindungan Pemandu
  • Pakej Trak dengan perlindungan kemalangan terbalik (rollover) dan tali keledar 4-poin.
Masa dan Keadaan Litar
  • 4 November 2020, 5:02 pm ketika Maro Engel melepasi lampu isyarat sistem pemasaan.
  • Masa terpantas 7ºC (suhu luar) dan 10ºC pada aspal.
  • Beberapa bahagian litar belum kering sepenuhnya.
Pengukur Masa
  • Wige SOLUTIONS.

Walaupun Mercedes-AMG GT Black Series ialah kereta jalanan, kereta ini turut dilengkapi komponen kereta lumba seperti bonet gentian karbon dan dua outlet besar.

Tujuannya, mengalirkan keluar udara panas dari enjin. Ia juga meningkatkan lagi daya mendap sama seperti sayap belakang dan sebahagian besar bawah kereta yang tertutup.

BACA >>> Mercedes-AMG GT Black Series dengan DNA Jentera Lumba, RM1.8 Juta!

Maro Engel Mercedes AMG-GT Mercedes-AMG Mercedes-AMG GT Black Series Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.