Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri: Subsidi Bersasar Diesel Mula Tahun Depan
Auto Terkini

Menteri: Subsidi Bersasar Diesel Mula Tahun Depan

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize19/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel bakal dilaksanakan tahun depan.

Menurutnya, dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang melibatkan beberapa Kementerian semalam bersetuju pangkalan data bersepadu disiapkan bagi memastikan pelaksanaan subsidi bersasar itu berkesan.

Salahuddin berkata, perbincangan itu melibatkan KPDN, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Semua kementerian ini melihat dan sedang menyiapkan satu pangkalan data bersepadu bagi proses penyelarasan data yang berkesan.

“Semua agensi dan Kementerian sudah ada pangkalan data masing-masing, cuma kita perlu selaraskan semua dan pastikan tepat dan berkesan apabila (subsidi bersasar diesel) dilaksanakan,” katanya.

Pada Februari lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Kerajaan mampu berjimat hingga RM17 bilion jika golongan T20 tidak menikmati subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

Mengulas pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi di Kelantan selepas projek rintis di Perlis, Salahuddin berkata, projek itu bertujuan mengawal isu ketirisan dan penyeludupan diesel dan petrol di sempadan negara.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KPDN kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi di beberapa negeri lain selepas projek rintis dilaksanakan di Perlis.

Ahmad Zahid berkata, projek di bawah inisiatif Program Ekonomi Sempadan itu dapat menyelamatkan peruntukan subsidi minyak Kerajaan, selain peluang kepada negara meningkatkan pendapatan melalui cukai jualan yang dikenakan terhadap kenderaan asing.

Projek itu kini dilaksanakan di Perlis, iaitu di Padang Besar dan Wang Kelian. KPDN juga sedang di peringkat akhir memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi di Kelantan.

BACA >>> Subsidi Diesel Bersasar Akan Diperhalusi, Akan Guna Sistem Fleet Card
BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Kerajaan Indonesia Sediakan Subsidi Pembelian EV?

SUMBER: Bernama

Datuk Seri Salahuddin Ayub diesel KPDN menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MITI MOF MoT Subsidi Bersasar
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.