Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri: Kerajaan Tiada Hasrat Hapuskan Kapcai untuk Kurangkan Kemalangan
Auto Terkini

Menteri: Kerajaan Tiada Hasrat Hapuskan Kapcai untuk Kurangkan Kemalangan

AryonBy Aryon30/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Kerajaan tidak bercadang menggantikan kapcai dengan kenderaan lebih selamat sebagai langkah mengurangkan kes kemalangan maut yang banyak melibatkan penunggang motosikal.

Namun, Kerajaan menggalakkan usaha ke arah penggunaan motosikal elektrik berkelajuan rendah, katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya) di Parlimen.

Menurut Loke, Kerajaan belum ada dasar untuk menghalang penggunaan kapcai kerana negara kini memiliki hampir 16 juta motosikal berdaftar dalam segmen tersebut.

BACA >>> Motosikal Kapcai Mungkin Diharam Masuk Pusat Bandar Kuala Lumpur – Menteri

MOTOSIKAL KEKAL NAHAS KEMALANGAN TERTINGGI

Pada masa sama beliau turut mendedahkan Laporan Perangkaan kemalangan Jalan Raya PDRM yang menunjukkan golongan belia berumur 16 hingga 30 tahun adalah paling ramai terkorban dalam nahas jalan raya.

“Pada 2016, bilangan belia terkorban mencecah 2,818 orang dan bilangan ini menurun kepada 2,693 orang pada 2017. Pada 2018, bilangan belia terkorban sebanyak 2,449 orang,” katanya.

Menurutnya lagi, daripada 2,693 kematian akibat nahas jalan raya melibatkan golongan belia pada 2017, sebanyak 72 peratus daripadanya maut ketika menunggang atau membonceng motosikal.

Justeru bagi menangani masalah itu, Loke berkata, MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya) menjalankan program dan aktiviti bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya pengguna motosikal, seperti program intervensi Program My Safe Road, Commuting Support Safety Programme (CSSP) dan Motorcycle Safety and Technology Symposium.

BACA >>> #RetroAuto: Raja Kapcai Dua Dekad – Yamaha 125 yang Revolusioner!

KOMEN KAMI

Baguslah kalau itu yang dikatakan. Memang tak munasabahlah kapcai nak diharamkan. Lagipun 16 juta kapcai berdaftar tu bukan jumlah yang sikit, sama dengan penduduk sebuah negara.

Kalau betul pun nak ke arah pengangkutan mesra alam dan selamat, mulakanlah dengan kapcai elektrik. Wajibkan dulu sektor perniagaan dan perkhidmatan seperti Pos Malaysia, Grab Food dan seumpamanya jadi perintis. Apabila rakyat tengok ok je abang posmen layan kapcai EV tu, tak mustahil memasing akan beli. Ye la, posmen hantar surat hari-hari kot. Jadi memang terbuktilah tahan lasak dan jimat. Lagi-lagi tahun depan petrol dah ikut harga global.

Lepas tu wajibkan pula pengeluar motosikal hasilkan varian elektrik bagi setiap model petrol. Kalau ada YSuku petrol, ada juga YSuku EV. Kalau macam ni memang tak mustahil jumlah pengguna kapcai elektrik bertambah sikit demi sikit.

Akhir sekali, dah kenapa nama program MIROS tu kena dalam Bahasa Inggeris? Buat kat London ke apa? Sekadar cari pasal… 🤨💆🏻‍♂️😅

SUMBER: Bernama

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) Kapcai Kementerian Pengangkutan Menteri Pengangkutan motosikal motosikal kapcai
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.