Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri Jawab Soalan Tentang MyJPJ Selepas Netizen Serang JPJ, Kementerian
Auto Terkini

Menteri Jawab Soalan Tentang MyJPJ Selepas Netizen Serang JPJ, Kementerian

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/02/20231 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke tampil ke hadapan untuk menenangkan pemilik kenderaan selepas netizen melancarkan serangan bertubi-tubi dalam ruang komen media sosial Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung aplikasi MyJPJ.

Beliau membuat penjelasan itu melalui Facebook Anthony Loke Siew Fook dan menjawab enam soalan dibangkitkan ramai pemilik kenderaan. Berikut jawapan beliau:

BACA >>> Netizan Serang JPJ dan Kementerian, Bengang Tunggu Kod TAC MyJPJ Tak Sampai
BACA >>> Tak Perlu Lagi Tampal Pelekat ‘Road Tax’ di Cermin, Kini Semua Digital!

1. Adakah wajib untuk muat turun (download) aplikasi MyJPJ?

TIDAK. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.”

2. Kalau tak dapat download aplikasi MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax, adakah saya akan disaman?

TIDAK. Pihak penguat kuasa boleh mengesahkan status road tax (cukai jalan) dan lesen (memandu) melalui sistem dalam gajet penguatkuasaan.”

3. Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?

YA. Perlu dibayar. Hanya sticker (pelekat cukai jalan) tak perlu ditampal.”

4. Kalau warga emas yang tak ada smartphone (telefon pintar) dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?

JANGAN BIMBANG, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal (kad lesen memandu) dari JPJ sekiranya perlu.”

5. Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?

SENANG sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta.”

“Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan. Pihak penguat kuasa akan check (periksa) butiran dalam gajet mereka.

6. Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi (semalam)?

Seperti mana-mana sistem yang baharu, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik sangat tinggi.”

BACA >>>> Netizen Kagum Banyak Eskalator Rosak di Stesen LRT Segera Dibaiki

Umum diketahui, Loke seorang menteri yang banyak berusaha menyelesaikan masalah dialami pengguna sejak beberapa tahun dan juga isu-isu ‘lama tertunggak’ di MOT dan JPJ.

Beliau berkata;

 Saya tahu ada banyak lagi persoalan oleh orang ramai. Kita akan cuba memberi penerangan yang sejelas-jelasnya.”

“Saya sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut. Saya menghormati semua pandangan dan cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin.

“Saya bersama pasukan saya di MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini. Sama-sama kita menuju ke arah yang lebih baik.”

BACA >>> Anthony Loke: Pelekat Cukai Jalan Berkualiti Tahun Ini
BACA >>> Anthony Loke: Kerajaan Akan Pertimbang Gojek Jika Rakyat Sedia Terima
BACA >>> Anthony Loke Sahkan Projek ECRL Akan Diteruskan
BACA >>> Anthony Loke: Kerajaan Akan Pertimbang Gojek Jika Rakyat Sedia Terima
BACA >>> Terminal Titiwangsa Bakal Jadi Hab Pengangkutan Awam di Kuala Lumpur
BACA >>> Kamera AES Bakal Ditambah untuk Kurangkan Kemalangan – Anthony Loke
BACA >>> Anthony Loke: Pelaksanaan Kerusi Bayi Kekal Wajib, Tapi Masih Peringkat Advokasi

Anthony Loke Aplikasi MyJPJ autoterkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kementerian Pengangkutan (MOT) No TAC MyJPJ Penguatkuasaan MyJPJ
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

    13/03/2026

    1 Comment

    1. Ridzuan Hashim on 10/10/2023 16:06

      Apply Myjpj apps… Daftar Baru… Bahagian isi ruangan No. Siri Lesen.. Di isi mengikut seperti contoh yg di kehendaki tapi tidak berjaya. Aplikasi yg tidak mesra pengguna, menyusahkan lagi menyulitkan. Mohon penambaikkan dan tidak menyusahkan rakyat.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.