• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Anthony Loke: Pelaksanaan Kerusi Bayi Kekal Wajib, Tapi Masih Peringkat Advokasi

Anthony Loke: Pelaksanaan Kerusi Bayi Kekal Wajib, Tapi Masih Peringkat Advokasi

January 19, 2023 By Han Othman Leave a Comment

11
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGGUNAAN kerusi bayi atau kanak-kanak (baby/child seat) kekal diwajibkan kepada pemandu yang membawa anak kecil dalam kenderaan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Namun menurutnya, pelaksanaan itu masih di peringkat advokasi yang bermakna masih tiada kompaun dikenakan. Loke berkata;

Memang kekal (kerusi bayi dan kanak-kanak). Saya tidak mahu media berikan persepsi Kerajaan bila buat apa-apa pelaksanaan cuma mahu saman saja, sedangkan ini untuk keselamatan pemandu sendiri."

BACA >>> 6 Tip Pilih Kerusi Bayi yang Baik untuk Kereta Anda?
BACA >>> 6 Barang Wajib Ada Bersama Kerusi Kereta Bayi

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan diajukan PanduLaju pada majlis pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2022, kelmarin.

Loke pada pemerintahan terdahulu (2019) menetapkan 2020 sebagai syarat wajib ke atas pemandu kenderaan penumpang yang membawa kanak-kanak dan bayi. Kemudian pada tahun sama, beliau menyatakan penguatkuasaan menerusi saman akan dilaksanakan selepas enam bulan proses pelaksanaan dan advokasi dijalankan.

Bagaimanapun, isu mengenai kerusi bayi tidak kedengaran sejak beliau mengambil alih semula jawatan Menteri Pengangkutan dalam Kerajaan baharu selepas Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15), tahun lalu.

BACA >>> Pemasangan Kerusi Kanak-Kanak Wajib Mulai 2020
BACA >>> Menteri: Selepas 6 Bulan Baru Ada Tindakan!

Related

11
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, kerusi bayi, Kerusi kanak-kanak, Menteri Pengangkutan, Tahun Baru Cina 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev