• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Netizen Kagum Banyak Eskalator Rosak di Stesen LRT Segera Dibaiki

Netizen Kagum Banyak Eskalator Rosak di Stesen LRT Segera Dibaiki

December 20, 2022 By Shawkath Leave a Comment

433
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGGUNA tren di pusat bandar terkejut dan gembira apabila melihat banyak eskalator yang rosak sejak berbulan lama dulu kini sudah dibaik pulih dan kembali berfungsi semula di beberapa stesen Transit Aliran Ringan (LRT).

Ada pengguna pengangkutan awam itu berkongsi perubahan pantas tersebut dalam Twitter mengenai situasi di stesen monorel Bukit Bintang, stesen LRT KLCC dan satu lagi stesen monorel di ibu kota.

BACA >>> Anthony Loke Kembali Sebagai Menteri Pengangkutan
BACA >>> Prasarana Labur RM2.8b Tambah 27 Tren, Naik Taraf LRT Kelana Jaya

Beberapa netizen sempat bergurau mengatakan semua kerja baik pulih itu dipercepatkan kerana kakitangan tren mula bimbang mengenai masa depan kerja mereka sejak Anthony Loke dilantik Menteri Pengangkutan baharu.

Dengar citer, tetiba ada fund, tetiba ada spare part, tetiba semua eskalator tgh ganti dgn Laju......Merata rata tgh pasang.

Ada yg takut HILANG JAWATAN KE TU? Baru nk kelam kabut bila @anthonyloke masuk? pic.twitter.com/FtSdGo1KQe

— Dean of Deen (@Mulut_Cabai) December 12, 2022

Bagaimanapun, ada laporan menyatakan kerja pembaikan itu dapat dilaksanakan Rapid Rail selepas agensi pengendali itu mendapat kiriman alat ganti yang diperlukan untuk kerja baik pulih dari pengilang asal (OEM) di Shanghai, China.

Sebagai makluman, pada Oktober lalu, Rapid Rail memaklumkan kiriman pertama alat ganti dijangka tiba bulan sama, manakala kiriman kedua pada pertengahan November lalu dan kiriman ketiga Disember ini.

Laporan juga menyebut, Rapid Rail membuat pesanan alat ganti 87 rel tangan dan  37 rantai tangga eskalator untuk kerja baik pulih kemudahan tren di ibu kota.

Even the KLCC's escalator is now working. What a magical story this is..

— Annoying Orange at 5°C (@firdausmohdali) December 12, 2022

Also at monorel bukit bintang last monday also been fix before this the sparepart at wharehouse or what hahahaha

— Kechik (@fakhlude) December 12, 2022

BACA >>> Anthony Arah Gantung Operasi Syarikat Lori Punca Ibu Hamil Parah, Bayi dalam Kandungan Maut

SUMBER: TRP

Artikel Berkaitan

433
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke, Transit Aliran Ringan (LRT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my