Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ku Nan Beritahu Larangan Kapcai Masuk KL Baru Cadangan, Belum Tentu Laksana
Auto Terkini

Ku Nan Beritahu Larangan Kapcai Masuk KL Baru Cadangan, Belum Tentu Laksana

Han OthmanBy Han Othman19/01/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

kapcai-masuk-kl-bg
SELEPAS kecoh dan hangat diperkatakan di media sosial berhubung isu larangan kapcai memasuki ibu kota Kuala Lumpur, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kenyataannya mengenai isu tersebut hanya cadangan dan tidak akan dilaksanakan jika orang ramai tidak bersetuju.

Kenyataan Adnan itu dipetik agensi berita Astro Awani, semalam.

Kami merasai nadi rakyat, kalau rakyat tak mahu, kami akan ikut pandangan rakyat, jadi pengguna motosikal kapcai jangan bimbang dan kita tidak akan laksanakannya.”- Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor

Adnan beberapa hari lalu mendakwa cadangan mengharamkan motosikal jenis kapcai daripada memasuki Kuala Lumpur adalah untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon dan menangani jenayah ragut. Katanya lagi, pelaksanaan tersebut cuma akan dipertimbangkan jika jaringan pengangkutan awam sudah menyeluruh dan tambang berpatutan.

tengku-adnan-tengku-mansor
Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

“Kita sedang melihat perkara (cadangan) ini, saya kata ‘berkemungkinan’, mungkin ya atau mungkin tidak.

“Saya tahu bahawa kebanyakan warga kita perlukan kenderaan ini (motosikal kapcai), kebanyakan rakyat khususnya golongan bawahan, mereka menggunakan kenderaan ini ke tempat kerja dan sebagainya kerana ia menjimatkan,” kata Adnan lagi.

BACA >>> Apa Terjadi Kalau Bandar Raya Kuala Lumpur Tanpa Kapcai?

PanduLaju ada menyiarkan berita mengenai kenyataan Adnan pada 16 Januari lalu yang dipetik daripada media online The Star. Berdasarkan respon di laman Facebook kami, rata-rata komen pembaca memberikan maklum balas negatif kerana alasan jenayah dan pelepasan karbon tidak cukup kuat untuk mengharamkan kapcai. Apa tidaknya, kenderaan lain turut menyumbang kepada pencemaran alam, terutama kenderaan berat. Kenapa hanya kapcai yang dipersalahkan?

Sementara itu, kadar jenayah pula lebih berpunca kepada masalah sosial yang ada kaitan dengan struktur sosial, penempatan dan pendidikan seseorang, sedangkan kapcai pula cuma alat untuk melakukan jenayah.

SUMBER: Astro Awani

Auto Terkini Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Kapcai kapcai dilarang masuk Kuala Lumpur
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

23/07/2026
Roda4

BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

23/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Roda4

BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

23/07/2026

1 Comment

  1. lu pehal on 27/02/2017 19:16

    perlu kaji jalan mana yang terlalu sibuk, terlalu sesak, terlalu popular gitu.. dalam satu masa, berderet-deret kereta, motor beratur panjang di atas jalan raya yang kecil. permintaan untuk guna jalan tu tinggi tapi bekalan yang ditawarkan mendukacitakan pengguna jalan raya kerana pengguna jalan raya terperangkap dalam masa yang lama.. apa faktor kereta dan motor nak guna jalan tu serentak waktu yang sama? waktu puncak?? pergi kerja balik kerja?? ada event besar?? btw, macam tu la life di bandar raya sayang.. hectic life.. stress darah tinggi rasa nak marah semua ada.. hidup ni ada pilihan.. boleh je berhijrah ke kawasan yang kurang sibuk untuk cari rezeki tapi tempat yang sunyi sepi tu mana boleh bikin untung ma… berhantu seram sesuai la kat pekan koboi gangster semua ada. nasihat simple.. orang yang gagal merancang ialah orang yang merancang untuk gagal.. pikir-pikirin dong..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.