Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#MCVE2024: ATM Lancar Trak Pikap JMC Vigus Pro White Series 4×2, Harga RM89k!
Roda4

#MCVE2024: ATM Lancar Trak Pikap JMC Vigus Pro White Series 4×2, Harga RM89k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/05/20241 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANGKA-Tan Motor (ATM) memperkenalkan varian trak pikap baharu, JMC Vigus Pro White Series 4×2 Euro 4 di pameran Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2024 di Pusat Konvensyen & Pameran Antarabangsa MINES (MIECC), Serdang di Selangor.

Trak pikap itu ditawarkan pada harga RM89,999 untuk Semenanjung dan RM91,999 di Sabah dan Sarawak.

Vigus Pro White Series 4×2 ialah varian ketiga dalam siri JMC Vigus Pro selepas Vigus Pro White Series 4×4 dan Vigus Pro Premium Series 4×4 yang dilancarkan Ogos tahun lalu.

ATM ialah pengedar tunggal kenderaan JMC, Foton Auman dan kenderaan komersial ringan Foton di Malaysia.

Berikut perincian Vigus Pro White Series 4×2:

  • Model paling mampu milik dalam siri JMC Vigus Pro White Series.
  • Menggunakan trenkuasa diesel 4-silinder PUMA 2.0L VGT Turbo (TDI), berkuasa 139hp @ 3,600rpm dan tork 340Nm @ 1,500-2,600rpm.
  • Transmisi automatik ZF 8-kelajuan dengan mod manual dan pedal syif.
  • Sistem pacuan dua roda (2WD) dengan Kunci Diferensial Eaton (EDL).
  • Kadar penggunaan bahan api 7.8 liter per 100km. Kapasiti tangki minyak 68 liter.

DIMENSI

  • Dimensi panjang 5,305mm, lebar 1,905mm, dan tinggi 1,835mm, manakala jarak roda 3,085mm dan tinggi bumi 225mm.
  • Radius pusingan 6.5 meter dan berat kasar 1,995kg.
  • Panjang bed kargo 1,475mm, dan tinggi 500mm.

LUARAN

  • Lampu utama projektor halogen automatik (nyala/padam).
  • Lampu siang (DRL) LED.
  • Lampu kabus (depan, belakang) dan lampu signal LED pada cermin sisi.
  • Cermin sisi boleh laras elektrik, boleh lipat automatik dan ada ciri pemanas.
  • Ada pemijak sisi dan belakang.
  • Bar sport disepadu dengan lampu brek ketiga.
  • Wiper cermin automatik dengan sensor hujan di depan.

DALAMAN

  • Tempat duduk 5-kerusi dibalut material fabrik, dan boleh laras manual.
  • Kluster instrumen analog dengan skrin digital TfT 3.5 inci.
  • Unit infotainmen skrin sentuh 8-inci dengan konektiviti USB, Bluetooth dan MP5.
  • Stereng kulit dengan butang kawalan audio, Bluetooth dan Kawal Jelajah.

KESELAMATAN

  • Dua beg udara di  depan.
  • Sistem bantuan pemandu seperti Program Stabiliti Elektronik (ESP), Kawalan Traksi, Bantuan Mula Bukit (HSA), dan Kawalan Turun Bukit (HDC).
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD).
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX.
  • Kamera undur.

WARANTI

  • Waranti tiga tahun atau jarak perbatuan 100,000km (mana satu tiba dulu).
Angka-Tan Motor (ATM) Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia 2024 JMC Vigus Pro White Series 4x2 Pusat Konvensyen & Pameran Antarabangsa MINES (MIECC) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027, Rekaan Ringkas Kurang Drama, Sasar Harga Mula RM126 k

    18/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    Sukan Permotoran

    TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

    17/03/2026
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Mula Kempen Michelin 24H Series Eropah 2026 di Mugello

    18/03/2026

    1 Comment

    1. SEBELI ANAK SATAR on 01/08/2024 14:53

      Cari pengedar vigus pro di Sibu Sarawak

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Roda4

    Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    By Syafie15/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.