Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MBSA Sedia 10 Pengecas EV Percuma di Beberapa Lokasi Shah Alam
Auto Terkini

MBSA Sedia 10 Pengecas EV Percuma di Beberapa Lokasi Shah Alam

Han OthmanBy Han Othman04/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA)
menyediakan 10 pengecas kenderaan elektrik (EV) percuma di beberapa lokasi di bawah kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu setakat ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Dr Nor Fuad Abdul Hamid berkata, perkhidmatan berkenaan boleh didapati di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Wisma MBSA dan \ pejabat cawangan MBSA.

Setakat ini MBSA sudah ada 10 pengecas EV dengan kerjasama Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) sebelum ini. Sekarang sudah banyak syarikat swasta berminat untuk bekerjasama dengan MBSA bagi membina pengecas EV.

“Kami sedang selaraskan dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) sebab garis panduannya baru dilancarkan, begitu juga dari Kementerian Pengangkutan. Dari segi teknikal pemasangan ia akan disahkan Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas persidangan antarabangsa Eastern Asia Society For Transportation Studies (EASTS) ke-15 yang disempurnakan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbollah di Pusat Konvensyen MBSA, hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Fuad berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti lokasi sesuai mengikut keperluan dan permintaan. Antara lokasi sasaran penambahan pemasangan pengecas itu adalah di pusat bandar dan pusat beli-belah di Shah Alam.

Pada Julai lalu, Kerajaan Negeri merancang menyediakan kira-kira 1,000 pengecas EV di kawasan 12 PBT negeri itu menjelang akhir tahun ini, terutama Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang, Kajang dan Ampang Jaya.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri, Hee Loy Sian berkata, setakat ini ada 102 pengecas EV seluruh negeri ini dan perbincangan sedang giat dijalankan untuk menambah lagi kemudahan tersebut.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) Kenderaan Elektrik (EV) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) MBSA Pengecas EV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

15/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

15/06/2026
Auto Terkini

Bontu Masuk Eropah, Lagi Syarikat dari China, Tawar Kuadrisikal EV

15/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.