Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»MBM Previu Mercedes-Benz EQS 450 4MATIC SUV Sempena Acara Fesyen MBFWKL 2024, Harga RM625k
Roda4

MBM Previu Mercedes-Benz EQS 450 4MATIC SUV Sempena Acara Fesyen MBFWKL 2024, Harga RM625k

Han OthmanBy Han Othman16/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) hari ini melancarkan acara Mercedes-Benz Fashion Week Kuala Lumpur (MBFWKL) 2024 serentak bersama previu varian EV terbaharu, Mercedes-Benz EQS 450 4MATIC SUV di Sentul Depot, Sentul, Kuala Lumpur.

SUV elektrik ini dijual pada harga atas jalan untuk Semenanjung Malaysia, RM625,888, termasuk cukai jualan 10 peratus, tetapi tidak termasuk insurans.

Berikut spesifikasi Mercedes-Benz EQS 450 4MATIC SUV:

  • Menawarkan output kuasa 265kW (360hp) dan tork 800Nm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 6.1 saat.
  • Kelajuan maksimum 210kmj.
  • Menggunakan bateri voltan tinggi (HV) dengan kanduangan tenaga boleh guna 118kWh.
  • Jarak pemanduan 594-673km mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Sedunia (WLTP).
  • Penggunaan elektrik 22.8-20.1kWh per 100km
  • Masa mengecas menggunakan AC (22kW) 0-100 peratus: 6 jam 15 minit
  • Masa mengecas menggunakan DC (200kW) 10-80 peratus: 31 minit
  • Berat kerb 2,840kg dengan muatan 570kg.

TRENKUASA

Kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik mewah ini menggunakan trenkuasa elektrik (eATS) paling efisien pada gandar depan dan belakang, serta fungsi Anjakan Tork pintar yang berterusan mengagihkan daya tork antara motor elektrik depan dan belakang.

Motor elektrik pada gandar depan dan belakang adalah jenis motor segerak kekal (permanently synchronous motors, PSM) yang memberikan kelebiahan kepadatan kuasa tinggi, kecekapan tinggi dan kuasa tinggi konsisten.

Casis EQS SUV terdiri daripada gandar 4-pautan di depan dan suspensi multi-link di belakang. Suspensi udara AIRMATIC dengan peredam boleh laras berterusan (ADS+) pula berfungsi meninggikan profil kenderaan beberapa sentimer.

Mod DYNAMIC SELECT terdiri daripada ECO, COMFORT, SPORT, INDIVIDUAL dan OFFROAD. Stereng gandar belakang pula memiliki sudut stereng hingga 10º untuk ketangkasan dan pengendalian mudah di bandar.

KESELAMATAN

Mercedes-Benz EQS 450 4MATIC SUV dilengkapi ciri bantuan dan keselamatan termaju. Ciri Driving Assistance Package Plus terdiri daripada:

  • Bantuan jarak aktif (Active Distance Assist, ADA) DISTRONIC.
  • Bantuan Kekal Lorong Aktif (ALKA).
  • Bantuan Stereng Aktif (ASA) untuk sokongan pengendalian elak perlanggaran.
  • PRE-SAFE® Impulse Side – ciri elak kemalangan yang akan menganjakkan bahagian atas badan penumpang depan ke tengah.
  • URBAN GUARD Plus memberikan perlindungan menyeluruh  dengan pemanduan sekeliling.
  • Sistem antikecurian.
  • Nyah aktif kunci kecemasan.
  • Pakej Parkir – terdiri daripada kamera 360° dengan bonet lutsinar,  pakej cermin, dan Monitr Tekanan Tayar (TPM).
  • Ciri lain: Keyless-Go, Hands-Free Access, pintu but buka automatik Easy-Pack, USB package plus, dan Acoustic Comfort Package.

DALAMAN

EQS SUV mengadunkan ruang luas dengan rekabentuk mewah dengan ciri dalam multikontur pada kerusi depan, barisan tempat duduk ketiga untuk dua penumpang dan kerusi depan dengan ciri ventilasi dan pemanas 3-tetapan.

Selain ruang dalaman luas dan mewah untuk tujuh penumpang dengan keselesaan dan ciri konektiviti termaju, ruang kabin SUV EV ini diserikan dengan kemasan kayu magnolia cokelat lelubang, aksen aluminium Mercedes-Benz dan upholsteri kulit nappa hitam dam cokelat balao.

Konsol depan terhidang unit infotainment MBUX Hyperscreen yang disepadu panel instrumen dalam satu paparan skrin lebar tunggal. Ini disempurnakan dengan paparan dongak (HUD) realiti terimbuh (AR) MBUX AR untuk bantuan pemanduan dan navigasi 3D.

Juga disediakan sokongan telefon pintas menerusi konektiviti wayarles menerusi Android Auto dan Apple CarPlay, manakala penumpang belakang boleh menikmati kawalan penyaman udara 5-zon THERMOTRONIC, termasuk untuk penumpang di tempat duduk baris ketiga berserta dua paparan skrin sentuh 11.6 inci untuk hiburan tahap tinggi.

Terima kasih juga kepada Sistem Hiburan Kerusi Belakang Mewah MBUX yang mana penumpang boleh menukar lampu ambien dan mengakses pelbagai maklumat perjalanan dengan selesa.

Sistem bunyi Dolby Atmos dengan bunyi keliling Burmester menawarkan pengalaman audio 360º.

LUARAN

Motor elektrik berkuasa dengan sistem pacuan semua roda 4MATIC dan mod pemanduan OFF-ROAD meningkatkan keupayaan ketika mengharungai permukaan rupa bumi mencabar.

AMG Line Exterior terdiri daripada gril radiator Black Panel dengan gril paten bintang, dan rim sport multijejari 22 inci AMG, serta pemijak sisi bercahaya.

DIGITAL LIGHT dengan Adaptive Highbeam Assist Plus memberikan kejelasan optimum, manakala lampu keliling beranimasi dan bumbung suria panoramik meningkatkan lagi suasana kabin, dan keselesaan.

Penghantaran SUV elektrik ini dijadualkan bermula bulan depan (Sptember 2024) ke atas. Maklumat lanjut boleh layari www.mercedes-benz.com.my/EQS-SUV.

Mercedes-Benz EQS 450 4MATIC SUV Mercedes-Benz Fashion Week Kuala Lumpur (MBFWKL) 2024 Mercedes-Benz Malaysia (MBM) Roda4 SUV Elektrik SUV EV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Chery Tiggo V 2026
Roda4

#AutoChina2026: Chery Tiggo V Diperkenal, SUV ‘Transformer’ yang Gabungkan MPV, Trak Pikap dan RV dalam Satu Badan

11/05/2026
YDPA Sultan Iskandar dapat hadiah Aurus Senat dari Rusia
Auto Terkini

YDPA Sultan Ibrahim Dapat Limosin Aurus Senat, Lambang Hubungan Erat Malaysia-Rusia

11/05/2026
Roda4

Nissan Clipper Van & Clipper Rio 2026 Lebih Selamat, Digital & Praktikal!

11/05/2026
Auto Terkini

Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

09/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
HEV

Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie08/05/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Aksesori

Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

By Syafie08/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.