Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MB Johor Minta Buka Kaunter Penuh CIQ Hadapi Aidilfitri, Belum Cekap 100 Peratus
Auto Terkini

MB Johor Minta Buka Kaunter Penuh CIQ Hadapi Aidilfitri, Belum Cekap 100 Peratus

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize19/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHAP kecekapan operasi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) menjelang Aidilfitri tidak lama lagi baru mencecah 80 peratus dan diharap dapat mencapai tahap 100 peratus.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kecekapan operasi optimum perlu bagi memastikan pergerakan pengembara berjalan lancar, sekali gus mengurangkan kesesakan laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor.

CIQ ini adalah tersibuk di dunia dan bakal menjadi lebih sibuk selepas ini. Dari segi pencapaian hari ini saya tengok, ia belum lagi berada pada tahap 100 peratus. Bagi saya baru 80 peratus dari segi kecekapan.

Onn Hafiz berkata, semua kaunter melibatkan laluan pejalan kaki, kereta, motosikal dan bas perlu dibuka sepenuhnya. Jika ada masalah teknikal mesti diselesaikan segera, termasuk masalah melibatkan kekurangan tenaga kerja.

Beliau turut berharap komitmen perkara tersebut dapat diberikan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh yang baru dilantik menerajui agensi tersebut pada 22 Mac lalu.

Saya menjemput Ketua Pengarah Jabatan Imigresen baharu untuk datang ke sini (CIQ BSI) secepat mungkin bagi melihat kaedah terbaik untuk kita meningkatkan lagi tahap kecekapan operasi di kompleks ini kerana saya dan rakyat Malaysia berharap dapat beroperasi secara penuh.

“Kita juga mengambil berat kebajikan petugas imigresen yang sedang bertungkus lumus menghadapi peningkatan jumlah pengembara. Saya juga dapat laporan kadang-kadang tuntutan kerja lebih masa pegawai dan anggota mengambil masa terlalu lama untuk diselesaikan, saya harap dapat diatasi segera dalam tempoh sehari dua ini,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mendakwa kira-kira dua juta kenderaan dijangka memasuki Johor, termasuk melalui laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) sempena Aidilfitri ini

BACA >>> Kerajaan Johor Akan Bina Parkir Motosikal Tambahan Sebelum Masuk Singapura
BACA >>> Saksikan Kastam Filipina Musnahkan McLaren 620R Baharu yang Diseludup

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Bangunan Sultan Iskandar (BSI) CIQ Datuk Kamarul Zaman Mamat Datuk Onn Hafiz Ghazi Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Kastam MB Johor
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.