Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda3 (2019) Tawar Teknologi SkyActiv-X, Enjin Petrol dengan Pembakaran Cara Diesel
Roda4

Mazda3 (2019) Tawar Teknologi SkyActiv-X, Enjin Petrol dengan Pembakaran Cara Diesel

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKAN lagi rahsia Mazda akan memperkenalkan generasi baharu Mazda3 dalam masa terdekat yang khabarnya menggunakan teknologi baharu SkyActiv-X. Terbaharu, gambaran lengkap Mazda3 versi sedan dan hatchback didedahkan dengan penampilan yang pasti membuatkan sesiapa saja tergoda melihatnya.

Bakal dipamerkan pada Pameran Motor Antarabangsa Los Angeles (LAIMS) 2018 bermula 30 November hingga 2 Disember ini, Mazda3 (2019) dengan SkyActiv-X masih mempertaruhkan rekabentuk Mazda Kai Concept. Varian sedan dibezakan pada bampar depan, manakala versi hatchback tampak lebih sporty.

BACA >>> #Spyshot: Mazda3 Bakal Tampil Panel Meter Digital Penuh?

SEDAN DAN HATCHBACK YANG MENGANCAM

Bahagian bonet yang panjang dipadankan gril berasaskan bahasa rekabentuk Kodo 2.0 bersama rim aluminium. Kemasan krom pada frem cermin menyerlahkan imej elegan. Rupa belakang sedan paling menarik dengan lampu LED tirus berbentuk lingkaran, manakala pintu but direka berlekuk.

Bampar depan hatchback pula masih mengekalkan aura Kai walaupun kali ini lebih sederhana. Pilar C nampak lebih lebar. Bentuk rim lebih sporty berbanding sedan, manakala spoiler belakang dihitamkan.

BACA >>> #GMS2018: Mazda Kai Concept – Beri Bayangan Rupa Mazda3 Serba Baharu

Bagi varian hatchback juga, Mazda memberikan dual ekzos, berbeza versi sedan yang disembunyikan sedikit. Kabin Mazda3 (2019) juga lebih kemas dengan perincian baharu seperti rekabentuk stereng baharu dan posisi skrin infotainment 8.8 inci yang lebih lebarbersama antaramuka menu baharu.

Pembesar suara ditala untuk menghasilkan kualiti bunyi lebih lunak daripada corong 8 pembesar suara, dan opsyen tambahan 12 pembesar suara daripada sistem audio Bose. Tentang bunyi, dua struktur dinding baharu pada lantai dan lubang karpet digunakan sebagai komponen penyerap bunyi.

BACA >>> Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 2]: Memandu Malam Lebih Tenang dengan Kawalan Suluh-Tinggi (HBC)

Kemas kini lain termasuk kerusi kontur S dan boleh lipat sebagai standard. Beg udara lutut juga diberikan sebagai standard selain ciri bantuan pemandu tambahan seperti Amaran Trafik Lintas Depan (FCTA) dan Sokongan Trafik dan Jelajah (CTS), iaitu ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) untuk pemanduan halaju perlahan.

Mazda menawarkan 5 opsyen enjin, yang dipecahkan kepada petrol, diesel dan enjin baharu, iaitu:

  • SkyActiv-G (petrol 4-silinder) – 1.5L, 2.0L, 2.5L
  • SkyActic-D (diesel 4-silinder) – 1.8L turbodiesel
  • SkyActiv-X (enjin baharu)

SkyActiv-X ialah inovasi baharu Mazda, iaitu enjin petrol berasaskan konsep pembakaran enjin diesel, iaitu pencucuhan mampatan yang mampu memberikan tahap penjimatan api terbaik. Mazda3 (2019) ialah model pengeluaran pertama Mazda menawarkan enjin ini yang akan dipadankan dengan sistem bantuan elektrik M-Hybrid.

Struktur badan Mazda3 (2019) kini diperkuat keluli tegangan ultra-tinggi sebanyak 30 peratus berbanding model terdahulu, dengan sistem suspensi dan tahap kesenyapan kabin, NVH dikemas kini.

GALERI
bermaz Motor LA Auto Show 2018 mazda Mazda Malaysia Mazda3 (2019) Mazda3 hatchback Mazda3 sedan Skyactiv-X
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.