Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Masalah Absorber Belakang: Piaggio Panggil Balik Moto Guzzi V100 Mandello di Amerika
Auto Terkini

Masalah Absorber Belakang: Piaggio Panggil Balik Moto Guzzi V100 Mandello di Amerika

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PIAGGIO Group Americas memaklumkan Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) Amerika Syarikat (AS) mengenai isu risiko keselamatan melibatkan model Moto Guzzi V100 Mandello dan V100 Mandello Aviazione Navale.

Kebimbangan yang dikemukakan 10 Ogos lalu ialah risiko absober belakang kedua-dua model itu patah! Jika berlaku, penunggang boleh hilang kawalan dan terbabit kemalangan.

Moto Guzzi V100 Mandello
Moto Guzzi V100 Mandello Aviazione Navale

BUKAN SEMUA UNIT TERLIBAT

Bagaimanapun, notis panggil balik (recall) cuma melibatkan beberapa unit V100 Mandello dan V100 Mandello Aviazione Navale yang menggunakan absorber Kayaba. Model V100 Mandello S yang dilengkapi suspensi Öhlins tidak terlibat dalam masalah sama.

Piaggio Group Americas menjangja kira-kira 260 unit di AS terjejas akibat isu absorber tersebut. Daripada jumlah itu, 76 unit sudah dijual kepada pelanggan dan 184 unit lagi dalam simpanan pengedar.

Unit terjejas ialah produk dikeluarkan pada tarikh antara 28 Oktober 2022 dan 14 Julai 2023 dengan nombor identifikasi kenderaan (VIN) bermula ZGUMGUA09PM000002 hingga ZGUMGUA09PM000212 (bukan semua).

APA MASALAH SEBENAR?

Menurut laporan, masalah utama ialah absober belakang Kayaba itu tidak memenuhi piawaian kerana ada beberapa komponen ‘hilang’ sama ada satu atau kedua-dua cagak (bushing).

Menurut laporan panggilan balik difailkan Piaggio, penggunaan absorber yang tidak menepati piawaian boleh menyebabkan risiko komponen memusingkan tapak, menjadi lebih keras dan patah di bahagian cagak.

Setakat kini, Piaggio sudah mengenal pasti dua kes masalah itu, yang kedua-dua unit berlaku di Itali. Selepas mengenal pasti dan membuat siasatan, wakil syarikat mengemukakan pelan baharu pada 4 Ogos lalu.

INI SOLUSINYA

Bagi menyelesaikan masalah itu, Piaggio akan mengeluarkan arahan panggil balik motosikal terjejas dan pemilik diminta membawa motosikal ke pengedar sah Moto Guzzi untuk pemeriksaan penuh absorber belakang.

Absober yang kehilangan bushing akan digantikan komponen bersesuaian, dan servis adalah percuma kepada pemilik terjejas.

SUMBER: MCN

autoterkini Kayaba Moto Guzzi V100 Mandello Moto Guzzi V100 Mandello Aviazione Navale Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) Piaggio Group Americas roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.