BOON Siew Honda (BSH) melancarkan model Honda CB1000 Hornet SP 2025 sempena pameran Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.
Honda CB1000 Hornet SP 2025 hadir dalam pilihan warna Matte Ballistic Black Metallic (hitam) pada harga RM69,999, dan dilancarkan bersama cruiser Honda Gold Wing 50th Anniversary Edition.
Spesifikasi Honda CB1000 Hornet SP 2025?
Enjin 1,000cc Prestasi Tinggi, Kuasa 155hp!
- Dijana enjin 4-silinder sebaris 1,000cc DOHC penyejukan cecair 16-injap dengan sistem suntikan bahan ap (FI), diambil daripada Honda CBR1000RR Fireblade.
- Output kuasa 155hp dan tork 105Nm (lebih tinggi daripada Hornet standard).
- Penggunaan injap RC (Revolutionary Controlled) dalam ekzos membantu meraih tambahan dos kuasa sekitar 3hp dan tork 2Nm.
- Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper dan QuickShifter boleh laras untuk anjakan gear pantas serta responsif.
- Rekabentuk agresif dengan padanan lampu utama LED kembar, manakala tangki minyak menyerlahkan lagi gaya maskulin.
Rangka Kukuh dan Suspensi Premium
- Fren keluli twin-spar baharu untuk membantu menambah baik aspek kawalan dan pengendalian serta ketegaran casis.
- Fork Showa SFF-BP 41mm boleh laras penuh di depan, dan monoshock Öhlins TTX36 dengan Pro-Link (belakang).
Sistem Brek Berkualiti Tinggi
- Sistem brek 310mm jenis apung dengan kaliper brek Brembo Stylema di depan, dan brek cakera 240mm dengan kaliper brek Nissin.
- Panel meter TFT 5 inci dengan ciri Honda RoadSync yang menyokong konektiviti Bluetooth untuk akses panggilan, muzik, navigasi dan notifikasi lain.
- Latar paparan skrin boleh ditukar sama ada Bar, Circle atau Simple dengan dua latar pencahayaan, putih dan hitam serta boleh diubah automatik pemilihan tetapan Auto.
Sistem Keselamatan dan Bantuan Penunggang
- Ada Sistem Henti Kecemasan (ESS) yang mengaktifkan lampu kecemasan apabila penunggang membrek mengejut.
- Ada tiga mod tunggan: Sport, Standard, dan Rain, serta dua mod User boleh diubah tetapan mengikut cita rasa penunggang.
- Perubahan tetapan membabitkan tahap Kuasa (Power) dan Brek Enjin (Engine Braking).
- Ubahan tetapan juga melibatkan fungsi kawalan tork Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Kawalan Wheelie 4-tahap untuk meningkatkan cengkaman dan kestabilan.
Leave a Reply