Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#MAS2024: Mitsubishi Motors Malaysia Bawa Tema Perkhemahan Advencer, Tawar Rebat Hebat!
Auto Terkini

#MAS2024: Mitsubishi Motors Malaysia Bawa Tema Perkhemahan Advencer, Tawar Rebat Hebat!

Han OthmanBy Han Othman23/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) adalah antara banyak pengeluar yang menyertai pameran Malaysia Autoshow (MAS) 2024 kali ke-7 ini anjuran Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) di MAEPS, Serdang, Selangor .

Bertempat di Hall A1, reruai MMM menampilkan konsep ‘Mitsubishi Motors Ness’ untuk membangkitkan semangat kembara dan advencer kepada semua pemilik jenama itu.

Bertemakan advencer perkhemahan luar, reruai MMM memberikan suasana dekat dengan alam semula jadi yang lari dari kesibukan dan kebingitan rutin harian untuk menikmati ketenangan luar.

Apa ada di reruai MMM?

  • Bengkel Titisan Kopi – untuk peminat kafein.
  • Demo Masakan Perkhemahan – untuk meningkatkan skil kulinari luar.
  • Cabaran Hidupkan Api – untuk nyalakan survival diri dalam hutan rimba.

REBAT ISTIMEWA

Pelanggan yang menempah model Mitsubishi pada acara MAS 2024 akan menikmati rebat hingga RM7,000 dan tambahan ganjaran tukar beli eksklusif, serta beg simpanan Thouswind bernilai RM400, tertakluk terma dan syarat.

Pemilik Mitsubishi yang mengunjungi reruai MMM juga dapat menikmati promosi janama gaya hidup seperti berikut:

  • Diskaun 20 peratus: Untuk Pakej Rak Bumbung Thule bernilai RM5,000 dan ke atas. Pembeli juga layak menerima bag silang Thule Tact 5-Litre Sling Bag bernilai RM500 PERCUMA.
  • Diskaun 20 peratus: Untuk semua barangan gaya hidup Montanic.
  • Diskaun 30 peratus: Untuk Pakej Perkhemahan Tryveller di tapak perkhemahan Treegrow Campside bernilai RM90 setiap orang.

Pengunjung yang singgah ke reruai MMM juga boleh mengambil bahagian dalam permainan disediakan yang menawarkan hadiah seperti pakej perkhemahan Tryveller, beg Thule Shuttle, kotak sanitiser Einova Mundus UV Sanitizer, lampu khemah mudah alih Ecoflow Portable Camping Light, dan cenderahati Montanic Lifestyle Gifts.

Juga penampilan khas selebriti tempatan Izzue Islam pada 25 Mei ini (Sabtu) bermula jam 1 tengah hari hingga 3 petang, dan Anas Ridzuan pada 26 Mei (Ahad) bermula jam 2 petang hingga 4 petang. Jangan lupa dapatkan layanan bertih jagung dan kopi sepanjang acara hujung minggu ini.

Auto Terkini Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Malaysia Autoshow 2024 MAS 2024 Mitsubishi MITSUBISHI Motor Malaysia (MMM) Mitsubishi Motors Mitsubishi Motors Ness
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

‘Orang Kayangan’ Belanja Hingga RM400,000 Setiap Kali Ke Langkawi Demi Kereta Mewah

04/05/2026
PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
Auto Terkini

PMX: Kos Subsidi Bahan Api Meningkat RM5 Bilion Sebulan

04/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

Protected: EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

04/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

Protected: EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

04/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

By Syafie02/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.