Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marquez Tunjuk Imej Sinar-X Tulang Tangan Patah, Kena Masuk 12 Skru
Auto Terkini

Marquez Tunjuk Imej Sinar-X Tulang Tangan Patah, Kena Masuk 12 Skru

AryonBy Aryon28/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA Repsol Honda, Marc Marquez menerusi akaun Instagram memuat naik imej sinar-x ‘sebelum dan selepas’ yang memaparkan tulang tangan kanannya.

Apa ditunjukkan adalah video tulang bahagian humerus di lengan kanan yang patah, dan gambar selepas pembedahan dilakukan. Ada 12 skru perlu dimasukkan untuk menyambung dan menguatkan semula tulangnya yang patah itu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marc Márquez (@marcmarquez93) on Jul 27, 2020 at 2:23am PDT

Marquez patah tulang selepas terbabas dan melambung sebelum tercampak di kawasan kerikil dan dihentam jentera sendiri pada aksi pembukaan kelas premier MotoGP di GP Sepanyol, Jerez, lebih seminggu lalu.

Apa yang menakjubkan pelumba Sepanyol itu muncul di GP Andalusia Jumaat lalu untuk menjalani saringan kesihatan dan kecergasan hanya selepas empat hari beliau menjalani pembedahan. Malah, beliau disahkan cergas dan boleh berlumba.

Dalam ujian pada pagi Sabtu lalu, Marquez berjaya berada berada di kedudukan ke-19 (+1.298s), mencatatkan masa lap terpantas pada latihan bebas ketiga (FP3), dan naik tiga kedudukan ke tempat ke-16 pada FP4 (+0.999s).

BACA >>> Marquez Muncul di Jerez, Disahkan Cergas dan Boleh Berlumba Hujung Minggu Ini!

Bagaimanapun, juara bertahan MotoGP itu terpaksa menarik diri selepas mengadu sakit pada pusingan kelayakan pertama (Q1). Marquez berkata;

Macam bengkak. Lengan aku jadi besar sikit dan mungkin tekan beberapa saraf. Aku hilang kuasa di beberapa selekoh yang aku tak jangka

“Pada satu tahap kau kena jujur dengan badan sendiri dan faham situasi serta apa aku buat. Aku terus cakap kat pasukan apa dah jadi. Aku masuk juga Q1 dan masa lap pertama, jika aku rasa benda sama juga atau sesuatu yang serupa, aku akan menyerah. Inilah apa yang aku buat.

“Aku akan tidur nyenyak sebab aku dah cuba.”

Dalam aksi hujung minggu lalu, pelumba Petronas Yamaha, Fabio Quartararo sekali lagi menjadi juara di GP Andalusia, disusuli duo pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales dan Valentino Rossi .

BACA >>> #MotoGP2020: Quartararo Bawa Petronas Yamaha Menang Lagi, Rossi Naik Podium!

Auto Terkini Marc Marquez MotoGP MotoGP 2020 roda2 Sinar-X Tulang Marc Marquez sukan permotoran X-Ray Marc Marquez
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.