Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marquez Sahkan Tidak Berlumba untuk Baki Perlumbaan Musim Ini
Auto Terkini

Marquez Sahkan Tidak Berlumba untuk Baki Perlumbaan Musim Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MARC Marquez menerusi akaun Twitter mengesahkan tidak dapat berlumba untuk baki perlumbaan Kejuaraan Dunia MotoGP musim ini berdasarkan status terkini kecederaan lengannya.

Berita itu turut diciapkan semuala dalam Twitter HRC MotoGP yang mana pelumba itu menyatakan kecederaan dialami awal tahun ini memaksa dia berehat akibat kecederaan patah lengan selepas terjatuh pada pusingan GP Jerez, Julai lalu.

Marquez menulis;

Musim ini aku takkan bersaing lagi. Selepas tengok tangan ni dengan doktor-doktor dan pasukan aku, kami buat keputusan pilihan terbaik adalah kembali tahun depan. Ini masa untuk terus dengan pemulihan. Terima kasih atas mesej sokongan. Harap dapat kembali pada 2021.”

This season I will not compete again. After evaluating how the arm is doing with the Doctors and my team, we have decided that the best option is to return next year. It’s time to continue with the recovery. Thanks for the messages of support. Looking forward to returning in 2021 pic.twitter.com/WlQI3BntTN

— Marc Márquez (@marcmarquez93) November 10, 2020

HRC juga mengesahkan Stefan Bradl akan terus berlumba sebagai pengganti Marquez dalam dua baki perlumbaan lagi.

Marquez terbabas dalam kelajuan tinggi hingga menyebabkan lengannya patah ketika beraksi di Jerez dan memerlukan pelumba Sepanyol itu menjalani pembedahan memasukkan plat titanium pada tulang humerus kanan.

Lebih malang, Marquez terpaksa menjalani pembedahan kali kedua untuk menggantikan plat tulang lengan yang patah itu selepas mengadu sakit hingga gagal meneruskan saingan di GP Andalusia. Malah, pembedahan itu turut menghalang beliau meneruskan perlumbaan di GP Brno, Republik Czech.

Ketiadaan juara dunia enam kali itu memberi ruang kepada pelumba lain bergelar juara dunia musim ini.

BACA >>> Padah Menimpa HRC, Repsol Honda Kerana Harapkan Marquez Sahaja
BACA >>> Marquez Tunjuk Imej Sinar-X Tulang Tangan Patah, Kena Masuk 12 Skru

2020 MotoGP Marc Marquez Marc Marquez Dibedah Pasukan Repsol Honda roda2 sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Marc Marquez menang MotoGP Hungary 2025
    MotoGP

    #MotoGP2026: Marc Marquez Sambung Kontrak Dua Tahun Lagi Bersama Ducati

    26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.