Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marquez Masih ‘Raja Sachsenring’! Juara 11 Tahun Berturut-Turut!
Auto Terkini

Marquez Masih ‘Raja Sachsenring’! Juara 11 Tahun Berturut-Turut!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/06/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA Repsol Honda, Marc Marquez kekal sebagai ‘Raja Sachsenring’ selepas menjuarai GP Jerman dalam kelas premier buat kali kelapan berturut-turut sebentar tadi.

Jika mengambil kira kemenangannya dalam kelas 125cc (2010) dan Moto2 (2011, 2012), ini tahun ke-11 berturut-turut pelumba Sepanyol itu menakluk Sachsenring.

Tempat kedua diraih Miguel Oliveira (KTM Red Bull) dan ketiga, Fabio Quartararo (Yamaha Monster Energy). 

BACA >>> Oliveira Julang KTM Juara GP Sepanyol, Quartararo Kena Penalti Sebab Tayang Dada
BACA >>> Marquez Sarung Helmet Retro di Sachsenring, Ilham Rekaan 80-90-an

Juara dunia lapan kali awalnya saling memotong bersama Aleix Espargaro (Gresini Racing) sebelum memintas pelumba Aprilia itu lewat lap pertama dan terus mengekalkan kedudukan dengan perbezaan masa hampir dua saat hingga perlumbaan memasuki lap 23.

Pada lap itu, Oliveira mula merapati Marquez hingga jarak masa cuma 1 saat apabila lawannya itu melakukan kesilapan di selekoh pertama. Namun, Marquez terus mendominasi perlumbaan dengan mendapatkan semula perbezaan masa 1.5 saat pada lap terakhir.

Espargaro pula sekadar berpuas hati di tempat ketujuh walaupun memulakan perlumbaan dengan baik dan dilihat sebagai perkembangan positif ditunjukkan pasukan Aprilia Gresini Racing.

BACA >>> Kemarau Podium, Honda Cuba Benda Baharu, Marquez Pusing 87 Lap!
BACA >>> Marquez Minta Nasihat Doohan Cara Kembalikan Prestasi Terbaik Selepas Cedera

QUARTARARO CEMERLANG, YAMAHA SURAM

Sementera itu di kem Yamaha, walaupun tidak bermula baik, pendahulu kejuaraan, Quartararo berjaya memperbaiki kedudukan dari tempat kelima ke kedudukan ketiga selepas memintas Miller pada lap ke-20.

Namun, nasib berbeza menimpa rakan pasukan dan pelumba Yamaha lain yang jelas sekali bukan menjadi litar kegemaran jentera M1. Rakan pasukan Maverick Vinales pula sekadar mendapat tempat ke-20, manakala pelumba Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi dan Franco Morbidelli masing-masing di tempat ke-14 dan ke-18.

BACA >>> Rossi: Quartararo yang Buat Yamaha Berbeza

Sachsenring juga bukan trek buat Ducati apabila duo Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia dan Jack Miller sekadar menamatkan kedudukan di tempat ke lima dan enam, manakala Johann Zarco (Pramac Ducati) tergelungsur di tempat kelapan walaupun memulakan perlumbaan di petak pertama.

HAFIZH KE-17

Dalam perkembangan lain, pelumba negara, Hafizh Syahrin (NTS RW Racing GP) memulakan cabaran Moto2 dengan sukar apabila cuma menamatkan perlumbaan di tempat ke-17 selepas memulakan perlumbaan di petak 26.

Aksi Moto2 dimenangi Remy Gardner (Red Bull KTM Ajo) yang mencatatkan hatrik juara dengan beza hampir 7 saat dari pencabarnya, Aron Canet (Aspar Team), kedua, dan disusuli Marco Bezzecchi (SKY Racing Team VR46), ketiga.

Dalam kelas Moto3, pelumba rookie, Pedro Acosta (Red Bull KTM Ajo) yang baru berusia 16 tahun menunjukkan aksi kemas dan berani dengan memenangi perlumbaan walaupun bermula dari petak 13. Tempat kedua dimiliki Kaito Toba (CIP Green Power) dan ketiga, Dennis Foggia (Leopard Racing).

BACA >>> Satu Slot VR46 Masih Kosong, Mungkinkah Rossi Berlumba untuk Pasukan Sendiri?
BACA >>> Kes Covid-19 Masih Belum Turun, MotoGP Sepang Mungkin Batal?

KEPUTUSAN GP JERMAN 2021

  1. Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) 41m 07.243s
  2. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) +1.610s
  3. Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +6.772s
  4. Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +7.922s
  5. Francesco Bagnaia ITA Ducati Team (GP21) +8.591s
  6. Jack Miller AUS Ducati Team (GP21) +9.086s
  7. Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +9.371S
  8. Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP21) +11.439s
  9. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +11.625s
  10. Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +14.769s
  11. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +16.803s
  12. Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP21) +16.915s
  13. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +19.217s
  14. Valentino Rossi ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +22.300s
  15. Luca Marini ITA Sky VR46 Avintia Ducati (GP19)* +23.615s
  16. Enea Bastianini ITA Avintia Ducati (GP19)* +23.738s
  17. Iker Lecuona SPA KTM Tech3 (RC16) +23.946s
  18. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +24.414ss
  19. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +24.715s
  • Danilo Petrucci ITA KTM Tech3 (RC16) DNF
  • Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) DNF
  • Lorenzo Savadori ITA Aprilia Gresini (RS-GP)* DNF
Aleix Espargaro Ducati Lenovo Team Fabio Quartararo Francesco Bagnaia franco morbidelli GP Jerman Gresini Racing Hafizh Syahrin Jack Miller Johann Zarco KTM Red Bull Marc Marquez Miguel Oliveira NTS RW Racing GP Pramac Ducati Repsol Honda Sachsenring Valentino Rossi Yamaha Monster Energy Yamaha Petronas SRT
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    MOT: Kenderaan De-Controlled, Pikap Bawa Barang Kini Ada Garis Panduan Baharu

    16/03/2026
    Auto Terkini

    24,135 Kes Langgar Had Laju Direkod Kamera AwAS di Kelantan

    16/03/2026
    Auto Terkini

    iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Kenderaan Kini Di Jalan Raya

    16/03/2026
    Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
    Auto Terkini

    Lebih 15j Kenderaan Gagal Perbaharui Cukai Jalan Lebih Lima Tahun, Majoriti Motosikal

    16/03/2026

    1 Comment

    1. Joe on 21/06/2021 15:45

      Marquez is back!!

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.