Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mari Berkenalan dengan Juruteknik Proton, Az Zhori
Auto Terkini

Mari Berkenalan dengan Juruteknik Proton, Az Zhori

Han OthmanBy Han Othman07/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KITA selalu mendengar atau membaca kisah orang kenamaan dan nama tokoh besar dalam dunia automotif, tetapi kita jarang sekali dikongsikan cerita orang-orang kecil di sebalik kejayaan sesebuah jenama itu.

Tanggungjawab yang digalas juga tidak kurang hebat kerana mereka turut memainkan peranan sebagai duta kecil kepada jenama automotif itu. Artikel kali ini kami akan berkongsi wawancara dengan salah seorang juruteknik PROTON, Mohd Az Zhori Zainol yang mula berkhidmat dengan pengeluar nasional itu sejak 2013 hingga kini.

BACA >>> Proton Lepasi Angka Jualan 100,000 Unit Kenderaan, Terbaik Sejak 2015!

PL: Sila perkenalkan diri anda. Sudah berapa lamakah anda bekerja dengan PROTON?

AZZ: Saya Mohd Az Zhori bin Zainol, berusia 26 tahun. Saya sudah bekerja dengan PROTON selama 6 tahun bermula 2013 sampai sekarang.

PL: Di manakah anda bekerja sebelum ini?

AZZ: Sebelum bekerja di PROTON, saya pernah bekerja di beberapa bengkel luar sebelum dapat peluang kerja di sini.

PL: Di manakah anda belajar? Apakah kelayakan anda?

AZZ: Saya pelajar lepasan di IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara) Kuala Perlis dan saya ada kelayakan SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) Tahap 1, 2 dan 3 dalam bidang Kejuruteraan Automotif.

PL: Apa yang bagus bekerja di PROTON?

AZZ: Banyak benda bagus. Saya gembira bekerja dengan rakan-rakan di sini. Macam-macam rintangan kerja kami hadapi bersama, dan kami tetap akrab. Lagi penting, kami sentiasa dapat bimbingan dalam menambah baik kemahiran baik pulih kenderaan. Faktor ini penting buat diri saya, kerana di sinilah saya dapat menimba pengetahuan.

Selain itu, bekerja di PROTON juga berikan saya peluang mengetahui sedikit sebanyak sejarah dan kemampuan PROTON dalam menghasilkan kereta. Secara keseluruhannya, saya memang bangga kerja di PROTON.

PL: Boleh anda beritahu kami kerja seharian anda? Apakah kerja yang anda buat setiap hari?

AZZ: Kerja saya setiap hari adalah membaiki kerosakan kereta, buat servis major dan servis lain serta baik pulih lain.

PL: Apakah cabaran yang anda hadapi setiap hari?

AZZ: Cabaran yang saya dapat setiap hari adalah perlu berfikir bagaimana hendak menyelesaikan masalah kereta pelanggan. Saya juga kena sentiasa ingatkan diri untuk buat kerja dengan cermat, teliti dan berhati-hati. Ini penting supaya saya dapat tahu pembaharuan kerosakan terhadap kereta pelanggan dan dapat memuaskan hati mereka dengan kerja-kerja yang dilakukan.

BACA >>> Proton Akan Perkenalkan Pakej R3?

PL: Dalam mengharungi cabaran kerja, bagaimanakah anda memotivasikan diri untuk terus berikan yang terbaik?

AZZ: Caranya, saya kena sentiasa yakinkan diri untuk lakukan sesuatu kerja dengan tenang dan sempurna. Saya juga perlu tanamkan semangat “Saya Boleh” untuk menyelesaikan sesuatu kerja itu dan cuba sahut cabaran tersebut.

PL: Siapakah idola anda, dan kenapa anda mengagumi beliau?

AZZ: Idola saya adalah rakan-rakan Pembantu Teknik dan Foremen sebab mereka selalu beri tunjuk ajar dan semangat untuk saya buat sesuatu kerja dengan baik dan sempurna. Mereka juga banyak bantu saya buat sesuatu kerja ketika diperlukan. Saya jadikan idola supaya suatu masa nanti saya juga boleh jadi hebat macam mereka.

PL: Sepanjang kerjaya anda, apakah kejayaan/anugerah yang anda kecapi?

AZZ: Sepanjang kerjaya, saya pernah dapat beberapa anugerah. Antaranya, saya diiktiraf dalam Kumpulan Pekerja Cemerlang dalam cawangan (Top Performance Group), tempat ketiga Pertandingan Kemahiran Proton (PKP), tempat ke-7 Pertandingan Kemahiran Kategori Terbuka, dan tempat kedua Pertandingan Kemahiran Selepas Jualan (After Sales).

Saya juga diberikan peluang buat lawatan sambil belajar ke Geely Auto, di China atas pencapaian kerja saya.

PL: Boleh ceritakan kepada kami, apakah hala tuju seterusnya dalam perjuangan kerjaya anda? Pada masa depan, apakah yang anda impikan untuk direalisasikan?

AZZ: Bagi meneruskan perjuangan kerjaya ini, saya akan cuba memperbaiki diri supaya jadi lebih berilmu, dan terus cari pengalaman yang dapat meningkatkan potensi dan prestasi kerja. Selain itu, saya juga akan membuktikan suatu hari nanti dengan potensi dan prestasi yang saya tonjolkan ini, saya dapat memahirkan diri dan melangkah naik daripada Juruteknik kepada Foremen dan seterusnya jadi Pembantu Teknik.

Saya jadikan impian tersebut sebagai pembakar semangat dalam diri untuk terus maju ke depan. Saya harap sebanyak mana pengetahuan yang ada dalam diri sekarang, saya akan terus belajar dan berkongsi ilmu dengan rakan juruteknik lain supaya kami dapat menyumbang kepada prestasi cemerlang PROTON.

Saya harap segala hasil kerja yang saya buat ini dapat dinilai dan dihargai sewajarnya.

BACA >>> #Spyshot: Proton X50 Dikesan Dipandu Uji di Lebuhraya Guthrie

GALERI
Auto Terkini Geely Auto Juruteknik Proton Mohd Az Zhori Zainol Proton Wawancara
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

25/06/2026
Mazda Flair Crossover XS
Auto Terkini

Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

25/06/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

25/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.