Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»MAN TGS – Trak Generasi Baharu dengan Enjin Euro5 Pertama Malaysia
Roda4

MAN TGS – Trak Generasi Baharu dengan Enjin Euro5 Pertama Malaysia

FarahBy Farah25/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR kenderaan komersial terkemuka, MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd baru saja melancarkan MAN Truck Generasi Baharu yang dipadankan enjin Euro5 sebagai standard di Malaysia.

Pembaharuan ini menjadikan MAN Malaysia sebagai pengeluar trak tugas berat pertama Malaysia yang menggunakan enjin Euro5 V yang membantu mengurangkan emisi karbon industri pengangkutan dan logistik.

BACA >>> Terowong SMART Buka Semula Hari Ini
BACA >>> Perbandingan: Perodua Myvi (2022) vs Proton Iriz, Mana Satu Pilihan Anda?

Trak MAN Generasi Baharu menawarkan lima varian model TGS:

  • 4×2 dan 6×2 – untuk pengangkutan atau kontena.
  • 6×4 – untuk pembinaan dan kegunaan tugas berat.
  • 4×2 dan 6×2 – dengan spesifikasi ADR (Perjanjian Berkaitan Pengangkutan Barangan Bahaya melalui Jalan Raya).

Mari perincikan spesifikasi menarik MAN TGS:

  • Model TGS baharu didatangkan dalam dua varian enjin. Varian TGS 4×2 dan 6×2 dikuasakan enjin diesel Euro5 6-silinder sebaris MAN D20 10.5L liter, manakala varian 6×4 dijana enjin D26 12.4L yang lebih besar.
  • Kedua-dua enjin mengetengahkan teknologi pengurangan pemangkin Selektif (Selective Catalytic Reduction, SCR) untuk mengurangkan emisi gas berbahaya.
  • Dilengkapi transmisi pintar MAN TipMatic 12-kelajuan dengan perincian canggih dan program pemanduan boleh pilih.

  • Bagi pasaran Malaysia, model TGS baharu ini turut didatangkan dengan inovasi MAN EasyControl dan SmartSelect.
  • Ciri MAN EasyControl memudahkan pemandu untuk tidak perlu lagi naik ke kabin bagi mengaktifkan fungsi lampu kecemasan, mematikan enjin, menutup tingkap dan sebagainya.
  • Ciri SmartSelect pula adalah kawalan sistem infotainmen dua peringkat bagi memastikan operasi lebih mudah dan tepat.
  • Stereng multifungsi direka lebih kecil berbanding stereng trak MAN generasi terdahulu yang membolehkan pemandu melaraskan sudut stereng daripada 20o kepada 55o untuk mendapatkan posisi ideal memandu.

  • Ada ciri  stereng boleh laras tegak ke depan yang memberikan ruang maksimum kepada pemandu untuk masuk-keluar kabin.
  • Sistem MAN Telematics disediakan, iaitu sistem penyelenggaraan digital yang mampu mengurangkan ketidakcekapan operasi dan kos, dengan memastikan semua trak TGS baharu beroperasi pada tahap optimum.
  • MAN Malaysia menawarkan langganan percuma dua tahun kepada setiap pembelian MAN Truck Generasi Baharu.
  • Aspek keselamatan TGS baharu ini dilengkapi ciri:
    • Amaran Tukar Lorong (LDW)
    • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
    • Program Stabiliti Elektronik (ESP)
    • Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
  • TGS baharu ini dijual pada harga RM340,00 untuk spesifikasi standard, tidak termasuk cukai jualan (SST).

Sebarang maklumat lanjut boleh layari www.man.com.my

BACA >>> 10 Jam Bomba Padamkan Api, Punca Kedai Alat Ganti Terbakar Masih Misteri
BACA >>> Terlelap Sampai Langgar Lori, Pemandu Kena Saman RM300

lori lori baru lori besar MAN MAN Malaysia MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd Trak Truk
Farah

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.