Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Malaysia Negara Pertama Asean Terima Ford Ranger Platinum (2023), Harga RM183k!
Auto Terkini

Malaysia Negara Pertama Asean Terima Ford Ranger Platinum (2023), Harga RM183k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIME Darby Auto ConneXion (SDAC) meluaskan tawaran trak pikap dengan pengenalan satu varian baharu, Ford Ranger Platinum (2023) ke pasaran Malaysia pada harga atas jalan tanpa insurans RM183,888.

Ford Ranger Platinum 2.0L Bi Turbo Diesel ialah trak pikap versi  dwi kabin (double cab) yang beberapa ciri tambahan sebagai  kenderaan pacuan empat roda (4×4) premium, khas buat mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif.

Berikut perincian Ford Ranger Platinum 2.0L Bi Turbo Diesel:

SENARAI HARGA

  • Semenanjung Malaysia: RM183,888
  • Sabah: RM189,688
  • Sarawak: RM189,688

* Harga atas jalan tanpa insurans.

JAMINAN, OPSYEN

Ranger Platinum diberi waranti pengilang selama lima tahun atau jarak perbatuan 160,000km (mana satu tiba dulu).

Ada opsyen tambah tempoh waranti, sama ada enam tahun, tujuh tahun atau hingga tambahan jarak 40,000km. Pakej ini dipanggil Premium Care Extended Warranty Package (EWP) dengan harga seperti berikut:

  • 5 tahun atau 200,000km – RM2,300
  • 6 tahun atau 160,000km – RM4,200
  • 6 tahun atau 200,000km – RM5,200
  • 7 tahun atau 160,000km – RM5,600
  • 7 tahun atau 200,000km – RM6,900

SDAC juga menyediakan pakej lanjutan servis (Extended Service Plan, ESP) seperti berikut:

  • Basic ESP2: 2 tahun atau 40,000km: RM2,982
  • Basic ESP3: 3 tahun atau 60,000km: RM5,263
  • Basic ESP5: 5 tahun atau 100,000km: RM8,496
  • Comprehensive ESP5: 5 tahun atau 100,000km: RM10,364

WARNA

Hanya tiga warna pilihan ditawarkan buat pelanggan Malaysia:

  • Equinox Bronze (tembaga)
  • Meteor Grey (kelabu)
  • Absolute Black (hitam)

ENJIN

  • Trenkuasa diesel 4-silinder sebaris 1,996cc dengan sistem suntikan Commonrail dan turbo kembar, menawarkan output kuasa 207hp @ 3,750rpm dan tork 500Nm @ 1,750-2,000rpm.
  • Sistem transmisi automatik 10-kelajuan dengan Select Shift dan E-Shifter.
  • Mod pemanduan: Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery, Mud/Ruts dan Sand.
  • Sistem pacuan empat roda (4×4).

APA YANG MENARIK?

LUARAN

  • Gril baharu dengan lencana Platinium ditampal di atas hud.
  • Ranger pertama menggunakan rim aloi 20 inci.
  • Menerima kemasan krom.
  • Lampu utama jenis matriks LED.
  • Hendal pintu belakang mudah.
  • Sistem rak fleksi.
  • Rel bumbung gelangsar.
  • Power Roller Shutter.

DALAMAN

  • Tempat duduk kulit.
  • Kerusi depan ada ciri pemanas dan pengudaraan.
  • Kerusi depan boleh laras 10-tetapan dengan fungsi memori untuk pemandu.
  • Skrin kluster instrumen 12.4 inci.
  • Skrin unit infotainmen 12 inci.
  • Sistem pembesar suara dan audio Bang & Olufsen.
  • Lampu ambien.
  • Papan pemuka meminjam gaya model Everest khususnya ciri kotak simpanan.
  • Bahagian tengah kerusi depan tertera lencana Platinum.
Foto Studio
Ford Ranger Ford Ranger Platinum (2023) Ford Ranger Platinum 2.0L Bi Turbo Diesel Kenderaan Pacuan Empat Roda (4WD) Roda4 Sime Darby Auto ConneXion-Ford Trak pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.